Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat laporan polis berhubung kenyataan tidak tepat yang tular selepas di muat naik seorang pengguna Facebook berkaitan Lesen Kenderaan Motor (LKM).
Menerusi hantaran di Facebook itu, seorang individu mendakwa bahawa pemilik kenderaan pada masa ini boleh menggunakan dokumen LKM atau cukai jalan digital sahaja adalah satu pembohongan.
JPJ dalam kenyataannya semalam menafikan dakwaan individu terbabit dan laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Presint 7 di Putrajaya pada hari yang sama.
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
Laporan dibuat supaya siasatan dijalankan terhadap pemilik akaun berkenaan bagi mengelak perkongsian kenyataan yang tidak betul dan mengelirukan pada masa hadapan.
Sebagaimana kenyataan media Menteri Pengangkutan pada 10 Februari, JPJ sedang dalam fasa interim pelaksanaan pendigitalan LKM dan Lesen Memandu Malaysia (LMM).
Pemilik kenderaan dan pemandu yang bersedia digalakkan untuk beralih dari dokumen berbentuk fizikal kepada dokumen berbentuk digital.
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
Menurut kenyataan itu, sepanjang tempoh interim berkenaan orang ramai diberi pilihan sama ada menggunakan dokumen dalam bentuk fizikal atau digital.
Katanya, pemandu atau penunggang yang memilih menggunakan dokumen digital tidak perlu khuatir sekiranya ditahan agensi penguat kuasa untuk pemeriksaan.
Penguat kuasa yang terbabit termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah dimaklumkan mengenai perkara ini.
JPJ ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat hantaran atau berkongsi kandungan media sosial yang boleh mengelirukan banyak pihak dan membuat semakan terlebih dahulu. – Harian Metro
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
KOMEN TERKINI