PETRONAS dan Mercedes-AMG F1 (Formula Satu) bersetuju untuk pembaharuan kontrak bagi gelaran dan kerjasama teknikal bermula 2026 sekali gus melanjutkan lagi kolaborasi antara dua pihak yang sudah terjalin sejak 2010.
Berita Harian melaporkan, kerjasama itu menyaksikan PETRONAS dan ‘Silver Arrows‘ terus membawa cabaran membangunkan bahan api mampan yang lebih maju 100 peratus mengikut standard bagi regulasi unit 2026 daripada Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA).
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan PETRONAS, Datuk Tengku Muhammad Taufik berkata sinergi dan cita cita yang dikongsi antara kedua-dua pihak akan membuka jalan bagi menyediakan tenaga yang lebih bersih dan mampan kepada sukan itu dan juga pelanggan mereka.
Ujar beliau, dengan pengalaman luas sebagai pasukan sepanjang sedekad lalu dan kemampuan teknikal serta kepakaran daripada gabungan bakat sedia ada, PETRONAS sentiasa menantikan untuk melakar lembaran baharu dengan fokus terhadap bahan api lebih maju untuk Petronas dan pelanggannnya.
Bersama rakan kongsi mereka, PETRONAS akan sentiasa berusaha dengan Penyelesaian Teknologi Bendalir menerusi cara yang inovatif. Usaha keras akan lebih mampan kerana pihaknya menuju ke arah masa depan dengan karbon lebih rendah.
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
Terdahulu, perjanjian itu ditandatangani oleh Tengku Muhammad dan Prinsipal merangkap CEO Mercedes-AMG F1, Toto Wolff. Wolff berkata PETRONAS memulakan pembangunan untuk bahan api lebih maju dan sudahpun diuji dengan unit kuasa masa depan.
Tambahnya, bermula 2026, bahan api mampan yang lebih maju akan menjadi tumpuan terhadap prestasi F1 di mana mereka berpeluang untuk memperagakan kepakaran menerusi unit kuasa dan Penyelesaian Teknologi Bendalir PETRONAS.
Baru baru ini, Majlis Motor Sport Dunia FIA meluluskan regulasi unit kuasa baharu di mana dua petunjuk utama membabitkan peningkatan kuasa elektrik dan bahan api 100 peratus lebih mampan berkuatkuasa bermula musim 2026.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit PETRONAS MOTORSPORTS
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
KOMEN TERKINI