ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kereta elektrik BYD bakal masuk pasaran Malaysia, diedarkan oleh Sime Darby Motors

Berita Tempatan

Views

Sime Darby Motors (SDM) memeterai Perjanjian Pengedaran dengan BYD, pengeluar terkemuka dunia bagi kenderaan tenaga baharu (NEV), sekali gus menyaksikan kemasukan kenderaan elektrik (EV) BYD ke pasaran Malaysia.

Menurut Berita Harian, kerjasama itu turut menyaksikan SDM bertindak menjadi pengedar EV untuk pasaran kereta penumpang tempatan membabitkan model ATTO 3 dan model baharu e6.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Pengarah Urusan SDM, Andrew Basham, berkata selaras dengan komitmennya untuk menggalakkan penggunaan EV di kalangan rakyat Malaysia, kehadiran BYD membolehkan SDM terus mengembangkan rangkaian model EV syarikat itu.

Ujar beliau, BYD ialah pengeluar kenderaan tenaga baharu terkemuka dunia dan perkongsian ini akan membawa kepakaran BYD ke pasaran Malaysia melalui pelbagai model EV.

Kerjasama dengan BYD adalah antara langkah yang diambil oleh SDM ke arah mencapai matlamat mereka untuk menjadi peneraju dalam EV. Ini juga sejajar dengan usaha kerajaan ke arah mobiliti rendah karbon.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Pemeteraian perjanjian disertai Pengarah Urusan Peruncitan dan Pengedaran SDM, Jeffrey Gan dan Pengarah Urusan BYD Malaysia Sdn Bhd dan PT. BYD Motor Indonesia, Eagle Zhao.

Ia disaksikan Basham dan Pengurus Besar Bahagian Jualan Automotif BYD bagi Asia Pasifik, Liu Xueliang. Sementara itu, Xueliang berkata, Malaysia adalah pasaran utama untuk pengembangan operasi syarikat memandangkan terdapat peluang besar untuk ekosistem EV berkembang.

Memandangkan rekod prestasi yang terbukti dan kehadiran yang mantap dalam sektor automotif di rantau Asia Pasifik, pihaknya berharap dapat bekerjasama dengan SDM untuk memenuhi permintaan EV Malaysia yang semakin meningkat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply