ARKIB

KATEGORI

Buletin

Peugeot 308 sedan hanya untuk pasaran China

Views

China merupakan pasaran automotif terbesar di dunia dan kebanyakan pengeluar kereta dari Eropah berlumba-lumba untuk memperkenalkan kereta versi jarak roda yang dipanjangkan untuk negara tembok besar tersebut. Namun Peugeot mengambil pendekatan yang berbeza dengan memperkenalkan sedan empat-pintu 308.

Peugeot 308 membuat kemunculan pertama di Beijing Auto Show 2016 yang sedang berlangsung, dan model ini juga adalah sebahagian dari pelan pembangunan lima tahun PSA di China dan ia dibangunkan bersama dengan Dongfeng. Dibangunkan dari platform EMP2, ia bakal berkongsi banyak komponen dengan 308 hatchback versi Eropah, dan turut mempunya jarak roda yang sedikit panjang kerana ruang kaki merupakan faktor yang paling penting untuk pasaran China.

Buat masa ini tiada sebarang perincian atau butiran mengenai model tersebut. Namun menurut sumber tempatan melaporkan, model ini bakal ditawarkan dengan dua pilihan enjin turbocharged petrol yang telah digunakan oleh 308S hatchback, dengan padanan transmisi manual atau automatik. Difahamkan Peugeot akan membongkarkan butiran penuh model ini beberapa minggu yang akan datang. Nampak gayanya memang tiada harapan untuk negara lain mendapatkan kereta ini kerana ianya khas untuk pasaran di China sahaja.

KLIK UNTUK BESARKAN FOTO

2017-peugeot-308-sedan-1 2017-peugeot-308-sedan-2 2017-peugeot-308-sedan-3 2017-peugeot-308-sedan-4

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply