ARKIB

KATEGORI

Buletin

Peugeot Malaysia tawar sesi pandu uji sehingga tiga hari menerusi kempen “Peugeot Weekender Experience”

Berita Tempatan

Views

Peugeot Malaysia memperkenalkan kempen baharu sepanjang tahun, “Peugeot Weekender Experience,” di mana pelanggan boleh menikmati sesi pandu uji sehingga tiga hari, yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Pelanggan boleh memilih antara tiga model seperti Peugeot 408, 2008, dan Landtrek untuk merasai gaya hidup Peugeot sepenuhnya menerusi pandu uji yang lebih panjang, yang boleh dibuat pada hujung minggu dan juga hari bekerja.

Dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) sebagai perancang interaktif, pelanggan boleh merancang pengembaraan hujung minggu mereka atau menggunakan fungsi ChatGPT di laman mikro untuk mencipta jadual perjalanan yang disesuaikan dengan personaliti dan minat mereka.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Sama ada merancang perjalanan santai di tepi pantai atau pengembaraan lasak, perjalanan ideal bersama Peugeot kini hanya dengan beberapa klik sahaja.

Anda boleh membawa keluarga bercuti hujung tahun dengan Peugeot 408 ke destinasi pilihan anda, sambil menikmati keselesaannya dan kawalan pemanduan di lebuh raya terbuka.

Selain itu, anda juga boleh menerokai jalan-jalan bandar dengan Peugeot 2008 atau menjelajah alam semula jadi, seperti air terjun indah dan laluan lasak, bersama Peugeot Landtrek.

Pengarah Urusan Stellantis Malaysia, Jamie Francis Morais berkata, menerusi “Peugeot Weekender Experience”, syarikat ingin merevolusikan cara pelanggan mengalami kenderaan keluarannya.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Peugeot juga mahu mereka mempunyai kebebasan dan fleksibiliti selama beberapa hari untuk benar-benar merasai bagaimana jenama itu melengkapi gaya hidup dan keperluan mobiliti mereka.

Terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang mempunyai lesen memandu penuh yang sah, cara untuk menyertai kempen ini sangatlah mudah.

Kunjungi mana-mana bilik pameran Peugeot yang sah dan imbas kod QR atau layari laman mikro kempen di peugeotweekenderexperience.com untuk mengisi butiran anda dan memilih pengedar pilihan anda.

Anda juga boleh mencari cadangan aktiviti hujung minggu menggunakan fungsi ChatGPT terbina. Slot pandu uji akan disahkan melalui e-mel.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply