ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pihak berkuasa bandar Kaohsiung, Taiwan denda pemandu mabuk ‘cuci rumah mayat’

Berita Global

Views

Pihak berkuasa di bandar Kaohsiung, Taiwan dilaporkan mengenakan denda terhadap pemandu mabuk dengan mengarahkan pesalah untuk membersihkan rumah-rumah mayat, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.

Menurut K! ONLINE, hukuman tersebut dikenakan bagi membiarkan pesalah mengalami sendiri situasi dekat dengan kematian. Bulan lalu, bandar itu digemparkan dengan kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk yang mengakibatkan seorang lelaki maut dan tiga yang lain cedera.

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

Datuk Bandar Kaohsiung, Chen Qimai memaklumkan bahawa mereka yang disabitkan kesalahan sedemikian atau berdepan penangguhan pendakwaan, perlu didenda melakukan kerja kemasyarakatan di rumah-rumah pengebumian tempatan.

Beberapa hari lalu, kumpulan pertama seramai 11 pemandu mabuk diarahkan menjalani hukuman tersebut di Pejabat Pengurusan Pengebumian Bandar Kaohsiung.

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’

Mereka diarahkan membersihkan bilik mayat, peti penyejuk mayat dan tempat pembakaran mayat. Setiausaha Hal Ehwal Awam, Yan Qingzhi berkata, pihaknya dengan tegas melaksanakan inisiatif sifar pemandu mabuk.

Pihak berkuasa berharap agar denda sedemikian dapat membantu pesalah untuk berwaspada dengan keselamatan diri sendiri, menghormati nyawa orang lain, tidak memandu semasa mabuk, meningkatkan keselamatan jalan raya serta menghormati hak serta kepentingan pengguna jalan raya lain.

Selepas empat jam menerima hukuman, pesalah tersebut menyatakan kekesalan atas kesalahan yang dilakukan dan tidak akan mengulanginya lagi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply