ARKIB

KATEGORI

Info

PKPB di Sabah, Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya – Apa aktiviti-aktiviti yang dilarang?

Info

Views

Berikutan dari peningkatan kes COVID-19 di Malaysia yang kini memasuki fasa gelombang ketiga, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di seluruh Sabah berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam ini sehingga 26 Oktober 2020 manakala di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya ia akan mula berkuatkuasa dari jam 12.01 tengah malam, 14 Oktober hingga 27 Oktober 2020.

JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

Apa aktiviti yang dilarang semasa tempoh PKPB?

Menurut laman Facebook Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, antara aktiviti yang dilarang semasa tempoh tersebut termasuklah:

  • Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.
  • Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.
  • Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup.
  • Masjid dan surau serta rumah ibadat bukan Islam adalah DITUTUP.
  • Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan dan pertunangan adalah TIDAK DIBENARKAN.
  • Operasi usat-pusat hiburan dan kelab malam juga TIDAK DIBENARKAN.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

Walaubagaimanapun, semua kegiatan ekonomi, industri dan perkilangan di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa. Selain itu, antara prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi sepanjang tempoh ini adalah:

  • Waktu operasi pasar borong, pasar harian adalah dari jam 6.00 pagi – 2.00 petang.
  • Waktu operasi kedai barang keperluan dan kedai runcit adalah dari jam 6.00 pagi – 6.00 petang.
  • Restoran, kedai-kedai makan, warung-warung, kedai runcit dan serbaneka dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi – 6.00 petang. Namun ia terhad untuk pembelian secara pandu lalu, penghantaran serta bungkus (take away) sahaja.
  • Operasi stesen minyak dibenarkan adalah dari jam 6.00 pagi – 6.00 petang.
  • Perkhidmatan teksi/ seru pandu (e-hailing) dan penghantaran makanan juga dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi – 8.00 malam.
  • Bas ekspres dan bas henti-henti tidak dibenarkan beroperasi.
  • Farmasi dan kedai ubat-ubatan dibenarkan beroperasi seperti biasa dari jam 6.00 pagi hingga 6.00 petang.
  • Klinik dan hospital kerajaan dibenarkan beroperasi 24 jam.
  • Sektor perikanan, perladangan, pertanian adalah dibenarkan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Facebook Ismail Sabri Yaakob

JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply