ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jualan kereta terpakai meningkat – Perodua Myvi paling laku!

Berita Tempatan

Views

Bernama melaporkan, permintaan terhadap kenderaan terpakai terus meningkat ke suku ketiga tahun ini berikutan insentif moratorium dan pengecualian cukai dari kerajaan. Menurut Presiden Persekutuan Persatuan Syarikat Kereta dan Kredit Malaysia (FMCCAM) Datuk Tony Khor, penjualan tahun ke tahun bagi bulan Julai melonjak melebihi 25 peratus kepada 37,800 unit, sementara untuk bulan Ogos dan September pula mencatatkan pertumbuhan melebihi 17 peratus.

Katanya, insentif daripada kerajaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terutamanya pengecualian cukai dan moratorium mendorong lebih banyak aktiviti penjualan sejak Jun. Pihaknya memperoleh jualan sebanyak 112,400 unit sejak tiga bulan lepas.

Tambah beliau, penjualan suku ketiga telah menyaksikan angka sejak awal tahun sehingga kini (YTD) kepada sekitar 280,000 unit dan mereka yakin mampu menandingi jualan purata tahunan industri kerana permintaan terus menggalakkan.

JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

Beliau menambah jumlah dagangan tahunan purata untuk kereta terpakai dalam beberapa tahun lepas berlegar sekitar 400,000 unit bernilai lebih daripada RM15 bilion, berdasarkan kepada nilai purata RM40,000 seunit. Khor, yang telah berkecimpung dalam industri itu lebih daripada 30 tahun, pada masa ini menguruskan 4,325 wakil penjual di bawah payung FMCCAM.

Beliau berkata kenderaan terpakai telah menjadi komoditi terlaris industri kerana pengguna lebih suka memandu kereta sendiri semasa pandemik COVID-19 dan membeli kereta terpakai untuk menjimatkan wang dalam situasi ekonomi tidak menentu ini. Katanya, permintaan tinggi kereta terpakai semasa PKP ialah kereta-kereta yang nilai puratanya antara RM30,000 hingga RM40,000.

Menurut beliau, Perodua Myvi menjadi kereta terpakai yang paling laris dan paling banyak dicari dalam pasaran ialah. Tambah beliau, varian popular lain termasuklah Toyota Vios, Honda City, Proton Saga dan Persona. Beliau berkata, kereta terpakai perbatuan rendah yang paling laris dan ia cuma bertahan beberapa jam sahaja dan tidak berada lama di lot wakil penjual sehingga jarang muncul di iklan.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

Menurut data platform kereta terpakai dalam talian iCarData, susut nilai untuk Myvi 1.5 AV yang berusia lima tahun ialah 33.44 peratus, atau hanya lebih satu pertiga daripada harga asal. Dalam nilai mutlak, Myvi baharu yang dibeli pada harga RM56,518 tanpa insurans pada tahun 2015 boleh dijual pada harga purata RM37,619.99 pada 2019.

Sebagai perbandingan, Iriz 1.6 Premium CVT yang bernilai RM59,731 pada 2015 boleh dijual pada purata harga RM30,277.32 pada 2019, menyusut sebanyak 49.31 peratus atau hampir separuh daripada harga beli. Bagaimanapun, Khor mengingatkan yang trend jualan kereta terpakai yang menggalakkan ini tidak akan kekal lama dan musim sepanduk kemungkinan akan berakhir berikutan tamatnya moratorium pinjaman enam bulan itu.

Jelas Khor, walaupun pengecualian cukai jualan dijangka dapat mengekalkan permintaan, sentimen pembelian pada suku keempat diunjurkan lebih berhati-hati memandangkan insentif moratorium telah berakhir. Tambahnya lagi, mood membeli telah mulai perlahan pada bulan Oktober dan pihaknya berharap kerajaan boleh mengumumkan lanjutan tiga bulan lagi moratorium pembayaran balik pinjaman sehingga 31 Disember ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply