ARKIB

KATEGORI

Tular

Polis buru dalang kes culik ahli perniagaan naik Toyota Vellfire putih

Tular

Views

Polis sedang mengesan dalang kejadian penculikan seorang ahli perniagaan di Jalan Pandan Indah 1/23D, Ampang dekat Kuala Lumpur yang sempat dirakam dan videonya tular di media sosial, semalam.

Berita Harian melaporkan, menerusi dua video yang tular, kelihatan beberapa lelaki memaksa seorang lelaki masuk ke dalam sebuah kenderaan dan video kedua pula, menunjukkan beberapa penunggang motosikal mengejar dan cuba mengarahkan kenderaan itu berhenti.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata kejadian itu dilaporkan orang awam berlaku pada jam 5.03 petang selepas ternampak seorang lelaki dipaksa masuk ke dalam sebuah Toyota Vellfire putih.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Jelas beliau, mangsa adalah seorang lelaki tempatan yang juga seorang ahli perniagaan berusia 38 tahun dan beliau selamat dalam kejadian itu selepas dibebaskan oleh penculik di sebuah kawasan di Klang.

Lelaki itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada jam 10.45 malam tadi untuk membuat laporan dan mengalami beberapa kecederaan di muka dan kaki akibat kejadian itu.

Beliau berkata ketika kejadian penculikan, mangsa sedang makan seorang diri dalam sebuah restoran sebelum didatangi beberapa lelaki menariknya masuk ke dalam Vellfire berkenaan.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Katanya, mangsa menjerit meminta tolong dan cuba melepaskan diri namun tidak berjaya. Hasil siasatan awal mendapati kejadian ini berpunca daripada masalah hutang.

Siasatan lanjut sedang dijalankan dan usaha mengesan suspek kini sedang giat dilakukan,. Beliau turut memaklumkan yang siasatan dijalankan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan iaitu melarikan orang.

Dalam pada itu, Mohamad Farouk berterima kasih kepada orang awam yang cuba membantu dalam kejadian itu.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Daerah Ampang Jaya Page

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply