ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton menang rekaan reruai terbaik di EVM Asia 2022

Berita Tempatan

Views

Proton menyertai pameran EVM Asia 2022 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) untuk mempamerkan nilai teras jenamanya iaitu ‘Teknologi Inovatif’ menerusi dua model SUV paling popular, X70 dan X50.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Dilengkapi dengan enjin 1.5TGDi yang dibina di salah satu kilang pembuatan enjin tercanggih di rantau ini, ia akan memandu Proton ke arah IR4.0 untuk kecekapan yang optimum, memacu evolusi ke arah sambungan termaju, hibridisasi dan pemanduan autonomi dalam produk Proton pada masa hadapan .

Bukan itu sahaja, reruai Proton turut membolot anugerah reka bentuk reruai terbaik di acara tersebut. Anugerah tersebut telah dinilai menerusi kretiviti dan keunikan reka bentuk, persembahan, dan penampilan keseluruhan untuk menggambarkan mobiliti masa depan di setiap reruai semasa pameran berlangsung.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Malaysia menjadi tuan rumah kepada Ekspo Kenderaan Elektrik dan Hibrid, Teknologi Pembuatan dan Alat Ganti Auto dan Komponen yang pertama di rantau ini, yang disokong oleh Kerajaan Malaysia.

Acara perniagaan-ke-perniagaan berskala besar itu menghimpunkan ribuan pembuat dasar utama dari seluruh rantau untuk mendapatkan sumber dan maklumat mengenai teknologi terkini. Ia telah dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi), Datuk Sri Mustapa Mohamed.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply