ARKIB

KATEGORI

Tular

Polis cari pemandu Hilux memotong di garisan berkembar di Janda Baik

Tular

Views

Polis sedang mengesan pemilik kenderaan pacuan empat roda yang tular memandu dengan bahaya apabila memotong garisan berkembar di Jalan Janda Baik di Bentong.

KOSMO! ONLINE melaporkan, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, siasatan giat dilakukan dan polis akan memanggil pemandu terbabit untuk memberi keterangan.

 

Jika didapati bersalah pemandu pacuan empat roda tersebut boleh dikenakan saman atas kesalahan memotong di kawasan garisan berkembar di bawah kaedah-kaedah lalu lintas 167/59 iaitu Rule 12(3)(A) dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau boleh dikenakan penjara tidak melebihi enam bulan.

Polis meminta mana-mana pihak yang melihat kejadian yang melanggar undang-undang jalan raya untuk tampil memberi maklumat dan polis menasihatkan semua pengguna jalan raya sentiasa memandu kenderaan secara berhati-hati dan berhemah.

 

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Semalam, tular dalam media sosial sebuah pacuan empat roda memotong kenderaan di laluan berkembar sehingga hampir menyebabkan kemalangan.

Kejadian yang dirakam pengguna jalan raya itu mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai mengenai sikap tidak bertanggungjawab pemandu pacuan empat roda berkenaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply