ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bidaan nombor pendaftaran siri BRA telah dibuka, bakal berakhir 3 Julai ini!

Berita Tempatan

Views

Meskipun dilanda kontroversi gara-gara ‘berbaur seksis‘, JPJ Negeri Selangor tetap meneruskan bidaan untuk nombor pendaftaran kenderaan siri BRA. Menurut laman Facebook rasminya, bidaan nombor pendaftaran tersebut telah pun dibuka sejak 29 Jun lalu.

Bidaan nombor pendaftaran siri BRA akan dibuka sehingga 3 Julai 2022 (Ahad) jam 10:00 malam. Keputusan bidaan pula akan diumumkan pada keesokan harinya, iaitu 3 Julai 2022 (Isnin). Orang awam yang berminat boleh membuat bidaan secara dalam talian menerusi JPJeBid.

Bidaan juga boleh dibuat melalui aplikasi mudah alih JPJeBid di Google Play bagi pengguna sistem operasi Android atau melalui Apple App Store bagi pengguna sistem operasi iOS. Untuk sebarang informasi terkini teruskan mengikuti laman sosial rasmi JPJ Negeri Selangor dari semasa ke semasa.

Siri BRA akan mula digunakan selepas siri BQY tamat. Walaubagaimanapun, polemik gabungan tiga abjad tersebut hangat diperkatakan segelintir warganet kerana sebutannya menyerupai pakaian dalam wanita dalam bahasa Inggeris.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Menurut sumber JPJ, ia mungkin sekadar pandangan persepsi masyarakat, tetapi, bagi pihak JPJ, kombinasi huruf sedemikian tiada pun melambangkan maksud spesifik kepada mana-mana benda.

Plat B mula diperkenalkan oleh JPJ pada 1971 bagi menggantikan siri huruf SL yang diwujudkan penjajah British sebagai negeri yang pertama menggunakan format baharu itu sejak 1948.

Siri tersebut amat popular di negara ini selepas kemerdekaan kerana Selangor merupakan pusat ekonomi terbesar sebelum dipintas oleh plat W untuk Wilayah Persekutuan pada 1996 lalu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply