ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton X70 rempuh treler, tiga sekeluarga cedera ringan

Berita Tempatan

Views

Tiga sekeluarga berdepan detik cemas apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 yang dinaiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer (KM) 310 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan dekat Tapah pagi semalam.

K! ONLINE melaporkan, jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak memberitahu pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 7.11 pagi.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Menurut jurucakap tersebut, susulan itu sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah telah dikerah ke lokasi kejadian.

Sebaik tiba di tempat kejadian, kemalangan melibatkan kenderaan Proton X70 yang berlanggar dengan sebuah treler.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Terdapat tiga mangsa dalam kenderaan tersebut iaitu lelaki dan perempuan dewasa serta seorang kanak-kanak perempuan. Kesemua mereka cedera ringan tetapi tidak tersepit.

Pemandu treler itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. Anggota bomba kemudian bertindak mengeluarkan mangsa-mangsa sebelum diserahkan kepada petugas kesihatan untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Operasi yang diketuai oleh PBK II Shahruddin Omar itu tamat sepenuhnya pada pukul 8.10 pagi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply