ARKIB

KATEGORI

Tular

Polis cari pemandu Triton dan penghantar makanan berselisih faham dalam video tular

Tular

Views

Polis mengesan seorang pemandu dan seorang penunggang motosikal susulan tular rakaman kejadian perselisihan faham antara mereka yang berlaku di Jalan Pinang, di Kuala Lumpur.

Menurut KOSMO! ONLINE, ia susulan tular rakaman memaparkan pemandu pacuan empat roda itu memberhentikan kenderaannya sebelum keluar dari kenderaan sambil memegang objek menuju ke arah penunggang motosikal tersebut.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya telah mengesan video berdurasi 24 saat itu selepas dimuat naik di Facebook Arif Danial.

Katanya, setakat ini polis masih giat mengesan individu yang terbabit dalam kejadian itu untuk siasatan lanjut. Individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Bagaimanapun katanya, sehingga kini penunggang motosikal terbabit masih belum tampil membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Tambah beliau, orang ramai dinasihatkan agar tidak melakukan sebarang perbuatan yang melanggar undang-undang.

Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Balai Polis Dang Wangi menerusi talian 03-26002222 atau Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur ditalian 03-21159999.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply