Polis sedang mengesan seorang lelaki warga Indonesia dikenali sebagai Asri yang disyaki terbabit dalam kejadian membakar sebuah kereta peronda polis (MPV) di matau balak Kampung Selengkong, Nenasi, Pekan, malam tadi.
Menurut Berita Harian, Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin, berkata suspek yang berumur lingkungan 30-an itu melarikan diri selepas membakar kenderaan terbabit ke dalam hutan berhampiran.
Katanya, berdasarkan laporan, kejadian berlaku pada jam 11 malam, apabila seorang penjaga tanah matau balak di Kampung Selengkong itu memaklumkan seorang lelaki Indonesia mengamuk di kawasan rumah kongsi matau itu.
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
Tiga anggota polis ke tempat kejadian dengan menaiki kereta peronda itu jenis Proton Waja dan menemui suspek berseorangan. Ketika pemeriksaan dilakukan, suspek bertindak agresif terhadap anggota polis.
Suspek yang juga pekerja balak di matau itu memukul dan mencederakan dua anggota polis sebelum bertindak masuk ke rumah kongsi dan mengambil satu objek menyala seperti api dan membalingnya ke dalam MPV itu.
Ketika itu, seorang anggota yang masih berada di dalam MPV bertindak keluar daripada kenderaan itu untuk menyelamatkan diri. Suspek kemudiannya terus melarikan diri ke dalam kawasan hutan berhampiran dan sehingga kini masih belum dapat dikesan.
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
Mohd Zaidi berkata, dua anggotanya hanya mengalami kecederaan kecil akibat bergelut dengan suspek terbabit. Katanya, pihaknya mengadakan `Ops Tutup‘ untuk mengesan lelaki berusia 30-an itu di sekitar tempat kejadian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan membakar kenderaan pasukan polis.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Ismail Abdul Ghani, berkata sebuah jentera bersama tujuh anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Nenasi telah digerakan ke lokasi kejadian dan anggaran kemusnahan akibat kebakaran adalah 100 peratus.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
KOMEN TERKINI