ARKIB

KATEGORI

Buletin

HLYM lancar Kempen Keselamatan Jalan Raya

Berita Tempatan

Views

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha ke-24 dengan kerjasama Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA).

HLYM turut bekerjasama dengan Petronas Dagangan Berhad (PDB) untuk mengaktifkan kempen ini di beberapa stesen Petronas terpilih.

Bertemakan “Pulang Selamat, Keluargamu Menanti”, kempen ini meraikan keterujaan rakyat Malaysia untuk pulang ke kampung halaman untuk menyambut Raya tahun ini selepas ‘dua tahun terkurung’ berikutan COVID-10.

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Kempen ini bertujuan untuk memeberi kesedaran buat penunggang motosikal supaya sentiasa selamat di jalan raya selain turut menyediakan pemeriksaan keselamatan motosikal percuma tanpa mengira jenama.

Sepanjang kempen empat-hari tersebut, PDB akan mengedarkan pakej Petronas Coffee Break kepada pengunjung stesen.

Pengunjung juga akan menikmati pelbagai barangan cenderahati dari para penaja antaranya Hong Leong Bank (HLB), Racing Boy (RCB), Yukazan, MAXXIS dan SOS Fastlane.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Sebanyak 300 unit topi keledar (diperakui SIRIM) yang  ditaja oleh Aeon Credit and KHI Helmets Industries Sdn Bhd, selain jaket keselamatan tajaan Pacific & Orient Insurance Co. Bhd akan diagihkan kepada pengunjung sepanjang kempen berlangsung.

Stesen Petronas di Taman Teknologi Malaysia (TPM) menjadi lokasi pertama dan ia turut diadakan di lokasi-lokasi berikut:

  • 23 April 2022 (Sabtu, 10.00 pagi-2.00 petang) – Stesen Petronas Technology Park Malaysia, KL
  • 25 April 2022 (Isnin, 10.00 pagi-2.00 petang) – Stesen Petronas Taman Pengkalan Utama, Ipoh, Perak
  • 25 April 2022 (Isnin, 10.00 pagi-2.00 petang) – Stesen Petronas KM11 Jalan Skudai, Johor Bahru
  • 26 April 2022 (Selasa, 10.00 pagi-2.00 petang) – Stesen Petronas Simpang Ampat 2, Pulau Pinang
  • 27 April 2022 (Rabu, 10.00 pagi-2.00 petang) – Stesen Petronas Pekan Bandar Diraja, Pahang

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply