ARKIB

KATEGORI

Tular

Remaja tunggang motosikal langgar lampu merah cedera parah dirempuh Proton X50

Tular

Views

Seorang remaja parah manakala rakannya cedera ringan selepas motosikal dinaiki mereka yang melanggar lampu isyarat merah dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di persimpangan Paya Rambai, di Kota Bharu, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.54 pagi itu, kedua-dua mangsa berusia 17 tahun dan merupakan rakan sekerja dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud, siasatan mendapati, kejadian berlaku ketika sebuah SUV jenis Proton X50 yang dipandu seorang wanita berusia 26 tahun sedang dalam perjalanan dari arah Berek 12 ke Lundang.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Menurutnya, semasa tiba di persimpangan lampu isyarat Paya Rambai, SUV tersebut merempuh motosikal yang dinaiki kedua-dua remaja terbabit.

Pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian mendapati, motosikal tersebut datang dari arah Wisma Persekutuan menghala ke Demit, Kubang Kerian.

“Penunggang motosikal terbabit didapati melanggar lampu isyarat merah sebelum dirempuh SUV berkenaan,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Mohd. Rosdi memberitahu, kejadian itu menyebabkan penunggang motosikal cedera parah pada bahagian kepala dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HRPZ II manakala rakannya luka di kaki.

Menurutnya, pemandu Proton X50 bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sehubungan itu, orang ramai yang melihat nahas tersebut diminta supaya membantu siasatan atau menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Nurul Izzati Mohammad Rosli menerusi talian 09-775 2315.

Tambah Mohd. Rosdi, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply