ARKIB

KATEGORI

Buletin

Polis kenal pasti pemandu Toyota Hilux langgar lari

Berita Tempatan

Views

Polis mengenal pasti identiti pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang ‘melarikan diri’ selepas melanggar sebuah kereta di Kilometer 17 Jalan Keramat Pulai di Ipoh, kelmarin.

Menurut UTUSAN, rakaman video berdurasi 27 saat yang tular dalam laman sosial itu memaparkan trap pikap berkenaan masuk ke laluan bertentangan dan merempuh kereta jenis Perodua Axia.

Pelanggaran itu menyebabkan kereta tersebut terbabas dan masuk ke dalam longkang di kiri jalan. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, lelaki berusia 51 tahun beralamat di Temerloh, Pahang itu dinasihatkan segera membuat laporan polis.

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

Katanya, lelaki yang dikatakan mempunyai penyakit jantung itu mendakwa dalam keadaan trauma dan akan membuat laporan polis selepas keadaan kesihatannya stabil.

Tambahnya, setakat ini, polis hanya menerima laporan berkaitan kemalangan yang dibuat pemandu Perodua Axia. Pihaknya menasihatkan pemandu trak pikap itu untuk tampil membuat laporan.

Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu tidak cermat sehingga menyebabkan kemalangan.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Menurut Yahaya, kejadian itu dipercayai berlaku ketika trak pikap dipandu suspek yang datang dari arah Cameron Highlands masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta dipandu lelaki berusia 29 tahun.

Katanya, pelanggaran itu menyebabkan kereta dinaiki tiga beranak termasuk bayi lelaki berusia enam bulan menggelongsur ke belakang dan masuk ke dalam longkang yang berada di kiri jalan.

Tambahnya, ketiga-tiga mangsa mengalami luka di kepala, tangan, bahu dan pinggang. Mereka menerima rawatan pesakit luar di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan telah dibenarkan pulang.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply