ARKIB

KATEGORI

Buletin

Potensi jualan pesawat F-151D diluluskan kepada Indonesia – Pentagon

Berita Global

Views

Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) meluluskan potensi penjualan pesawat F-15ID dan peralatan berkaitan kepada Indonesia dalam perjanjian bernilai AS$13.9 bilion (RM58.1 bilion), kata Pentagon semalam.

Berita Harian melaporkan, terdahulu, Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto, semalam berkata negara itu merancang membeli 42 jet pejuang Rafale dalam perjanjian bernilai AS$8.1 bilion (RM33.8 bilion).

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

Ia adalah sebahagian daripada siri perjanjian yang turut merangkumi pembelian kapal selam dan kelengkapan ketenteraan lain.

Negara itu berusaha untuk membaik pulih pesawat udaranya yang usang ketika ini, iaitu F-16 buatan AS dan dua pesawat dari Russia iaitu Sukhoi Su-27 dan Su-30. Menurut laporan media, Indonesia berhasrat untuk membeli lebih daripada 70 jet buatan Perancis dan AS.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Menurut Agensi Kerjasama Keselamatan Pertahanan Pentagon dalam satu kenyataan, Boeing ialah kontraktor utama untuk jet F-15.

Katanya, pakej itu termasuk 36 jet, enjin gantian, radar, latihan penggunaan kaca mata pelindung bagi penglihatan waktu malam dan sokongan teknikal.

Agensi itu memaklumkan Kongres mengenai kemungkinan penjualan itu semalam. Walaupun sudah diluluskan oleh Jabatan Negara AS, pemberitahuan itu tidak menunjukkan bahawa kontrak berkenaan sudah ditandatangani atau rundingan dimuktamadkan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply