ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ford siar video acah Ranger Raptor 2022, bakal dilancarkan 22 Februari ini

Berita Global

Views
Pushing the Limit with the Next-Gen Ford Ranger Raptor

Ford mula menyiarkan iklan acah pertama Ranger Raptor 2022 dan serentak dengan itu juga mereka turut mengumumkan kemunculan sulung trak pikap berprestasi tinggi itu pada 22 Februari, jika merujuk kepada saluran YouTube Ford Eropah.

Kelihatan unit prototaip varian andalan dipandu pada kelajuan tinggi di laluan berdebu selain menunjukkan aksi melompat dan menguji suspensi tahan lasak yang telah dipertingkatkan dari model asasnya.

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

Meskipun ia masih sarat dengan celoreng penyamaran, jelas kelihatan Ranger Raptor baharu ini mempunyai bahagian depan yang lebih lebar dan juga dapra (fender) di bahagian belakang, tayar yang lebih tebal, lebih banyak perlindungan di bawah badan dan lega tanah lebih tinggi berbanding Ranger standard.

Kita juga dapat melihat perbezaan pada reka bentuk jeriji dan bonet selain bampar yang direka semula dengan lampu kabus dan plat gelincir. Ranger Raptor baharu ini akan dijana oleh enjin turbocas Ecoboost V6, dengan dua calon yang bakal menjadi pilihan.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Ia sama ada unit 2.7 liter turbo-berkembar yang menjana Bronco atau unit turbocas 3.0-liter V6 yang menjana model Explorer. Apa yang pasti, ia bakal menjadi varian Ranger yang paling berkuasa dan menawarkan prestasi unggul.

Sama seperti model terdahulu, Ranger Raptor baharu telah dibangunkan oleh Ford Performance untuk peminat off-road. Pengeluar kereta itu berkata ia “dicipta dengan teknologi yang lebih pintar mengawal perkakasan yang lebih sukar”, merujuknya sebagai “Ranger paling canggih pernah dihasilkan”.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply