ARKIB

KATEGORI

Tular

Potong ikut lorong kecemasan sesuka hati, motosikal jadi mangsa langgar lari

Tular

Views

Sejak petang tadi tular rakaman video kamera pemuka yang memaparkan tindakan ‘gila’ seorang pemandu Toyota Camry putih yang memotong ikut laluan kecemasan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Bentong, Pahang, hingga menyebabkan kenderaan itu melanggar sebuah motosikal.

JOM BACA >> X50 buat kemunculan awal dalam iklan Merdeka Proton

Rakaman video berdurasi 42 saat itu menunjukkan Camry berkenaan berada di lorong kiri sebelum sebuah motosikal dilihat melalui di lorong kecemasan. Kereta itu kemudian menukar haluan ke sebelah kiri dan memasuki lorong kecemasan tanpa menyedari terdapat motosikal sedang melalui laluan berkenaan.

JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!

Tindakan pemandu itu menyebabkan motosikal ditunggangi seorang lelaki dan seorang wanita itu terjatuh. Apa yang membuatkan warganet berang adalah tindakan pemandu Toyota Camry berkenaan yang langsung tidak memberhentikan kenderaannya dan terus beredar dari lokasi kejadian.

Menurut Harian Metro, Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Yusuf Unis ketika dihubungi memaklumkan pihaknya belum menerima laporan berhubung kejadian itu. Kami berharap agar pemandu Camry putih ini dapat dikesan dengan segera dan ketika ini ‘tentera perisikan bawang’ di media sosial sedang menjalankan tugasan risikan masing-masing.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply