ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pratempahan BMW XM mula dibuka secara dalam talian pada 20 Oktober, anggaran harga RM1.4 juta

Berita Tempatan

Views

BMW Malaysia mula membuka pratempahan untuk model BMW XM secara dalam talian pada 20 Oktober 2022. Model SUV (Sports Activity Vehicle) mewah berprestasi tinggi ini dipacu oleh sistem pacuan BMW M HYBRID yang digandingkan dengan teknologi suspensi yang khusus bagi model M.

Pengeluaran kenderaan ini dijangka bermula di kilang US BMW Group Spartanburg pada Disember 2022. Anggaran harga BMW XM (atas jalan, tanpa insurans) bermula dari RM820,000 di Langkawi, manakala di Semenanjung Malaysia pula, harganya bermula dari RM1,400,000.

Tujuh pilihan warna ditawarkan, antaranya Cape York Green Metallic, Carbon Black, Marina Bay Blue, Toronto Red, Mineral White, Black Sapphire dan Dravite Grey.

Bagi upholsteri dalamanrnya pula, ia ditawarkan dengan pilihan kemasan kulit Merino Deep Lagoon dengan konten eksklusif, kulit Merino Silverstone dengan konten eksklusif, kulit Merino Black dan kulit Merino Sakhir Orange.

Dari segi penampilan luaran BMW XM membawakan jeriji ‘kidney‘ bersaiz besar dengan kisi-kisi M berkembar secara mendatar, disempurnakan dengan kontur jeriji yang beriluminasi. Ia diapit dengan sepasang lampu hadapan nipis terbahagi kepada dua modul yang berasingan, satu untuk pencahayaan waktu siang dan satu lagi untuk lampu rendah/puncak.

Dari sisi pula, BMW XM menyerlahkan siluet tersendiri yang hadir dengan garis bumbung melandai dengan seksyen belakangnya yang menirus. Profil sisinya diserikan dengan jejalur kemasan dalam rona ‘nightgold’ yang selari dengan garisan tingkap.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Set roda 23 inci M Star Spoke 923 M dalam warna Bicolour Nightgold (roda 23 inci M Law Star Spoke 923 M dalam warna Bicolour Black bagi profil Shadow Line) pula menyerlahkan rekaannya yang cukup gah dan serba lasak.

Dari segi dimensi pula, BMW XM berukuran 5,100 mm panjang, 2,005 mm lebar dan 1,755 mm tinggi, sementara jarak antara rodanya pula berukuran 3,105 mm. Kapasiti muatannya pula sebanyak 527 liter, dan ia boleh ditingkatkan kepada 1,820 liter.

Ruang kabin BMW XM menampilkan kemasan gentian karbon, serta mengetengahkan BMW Curved Display yang merangkumi Paparan Informasi dan Paparan Kawalan beresolusi tinggi dengan ciri sentuh serta sistem bunyi keliling Bowers & Wilkins Diamond.

Dari segi keterhubungan, BMW XM hadir dengan ciri BMW Live Cockpit Professional menerusi paparan skrin digital 12.3 inci, skrin infohibur 14.9 inci, serta paparan head-up, yang dikuasakkan oleh sistem operasi BMW OS 8 khusus M.

Selain itu, ia juga menawarkan ciri seperti BMW Gesture Control, Connected Package Professional, Panggilan Kecemasan Pintar, Telekhidmat, Connected Drive Services, serta sokongan kepada Apple CarPlay dan Android Auto.

BMW XM dijana oleh rangkaian kuasa hibrid ‘plug-in‘, terdiri daripada enjin pembakaran dalaman M TwinPower Turbo V8 4.4 liter (489 kuasa kuda dan 650 Nm daya kilas) bersama motor elektrik yang menjana output keseluruhan 653 kuasa kuda dan 800 Nm daya kilas.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Ia disambungkan pula kepada transmisi automatik Steptronic Sport lapan kelajuan. Kombinasi ini mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam tempoh 4.3 saat, manakala kelajuan tertingginya mencecah 250 km/j (280 km/j dengan pakej M Driver), namun kelajuan tertinggi elektriknya dihadkan pada 140 km/j sahaja.

Dalam mod elektrik, ia mampu bergerak sejauh 88 kilometer dan boleh dicas pada kadar mencecah 7.4 kW di stesen pengecasan AC. Dengan kapasiti bateri sebanyak 25.7 kWj (bersih), ia boleh dicas dari sifar peratus sehingga penuh 100 peratus dalam tempoh 4 jam 15 minit.

BMW XM didatangkan dengan sistem pacuan semua roda M xDrive dengan pilihan mod 4WD, 4WD Sport (bias kepada roda belakang) dan 4WD Sand yang mengoptimumkan kadar cengkaman disumbang oleh komponen diferensial M Sport.

Model ini turut dilengkapi dengan Adaptive M Suspension Professional (standard), peredam elektronik selain Penstabilan Olengan Aktif serta stereng aktif integral untuk gandar di belakang.

Dari segi keselamatan, BMW XM dilengkapi dengan ciri standard Driving Assistant Professional yang merangkumi fungsi seperti Kawalan Jarak (ACC), Bantuan Had Kelajuan, Bantuan Kawalan Stereng, Bantuan Penukaran Lorong, Bantuan Pengekalan Lorong, Amaran Penukaran Lorong, Amaran Lintasan Trafik Depan/Belakang, Pengelakan Pelanggaran Belakang dan Parking Asisstant Plus.

Ciri-ciri keselamatan yang lain meliputi Bantuan Kepekaan, Perlindungan Akustik bagi Pejalan Kaki serta Perlindungan Aktif. BMW XM didatangkan dengan Pakej Waranti dan Servis Lanjutan selama 5 tahun. Pra-tempahan kini boleh dibuat menerusi https://shop.bmw.com.my/.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply