ARKIB

KATEGORI

Buletin

PRO-NET peroleh pembiayaan RM200 juta daripada CIMB Bank

Berita Tempatan

Views

Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) telah memperoleh pembiayaan sebanyak RM200 juta daripada CIMB Bank Berhad (CIMB) untuk pembiayaan inisiatif mobiliti hijau dan import serta pengedaran kenderaan elektrik premium (EV) smart #1 di Malaysia.

PRO-NET merupakan pengimport dan pengedar sah eksklusif untuk kenderaan smart di Malaysia dan Thailand. smart #1 adalah model pertama yang dijual oleh PRO-NET dan dibina dari Seni Bina Elektrik Lestari Geely (SEA) dan mendapat sentuhan penggayaan oleh Mercedes-Benz.

smart kini mempunyai 13 cawangan pengedar, perkhidmatan selepas jualan termasuk aplikasi digital ‘Hello smart’ yang menyediakan akses kepada lebih 70 peratus rangkaian pengecasan awam.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Syarikat itu juga bertanggungjawab untuk memenuhi komitmen Proton terhadap agenda kenderaan elektriknya dan bersedia memainkan peranan penting ke arah pengeluaran Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) dan pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim.

Menurut Ahli Lembaga Pengarah PRO-NET, Roslan Abdullah, pihaknya berterima kasih kepada CIMB atas peluang yang diberikan kepada PRO-NET dan Proton untuk mengembangkan penawaran dan menyediakan pelbagai pilihan model EV bagi memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah.

Tambahnya, pembiayaan ini akan digunakan untuk meningkatkan ekosistem digital serta rantaian bekalan dalam infrastruktur EV mereka, dan mengembangkan rangkaian untuk pengalaman runcit yang lebih lancar.

Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Perbankan Borong Kumpulan, CIMB Group, Novan Amirudin berkata,
urus niaga ini menekankan komitmen CIMB dalam menyokong pelanggan di pelbagai industri untuk memajukan agenda ESG mereka dan menyumbang kepada impak positif melalui penyelesaian kewangan yang mampan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?\

Ia selaras dengan aspirasi CIMB Group untuk menjadi bank utama di ASEAN dan menjadi peneraju dalam kelestarian di rantau ini, seperti yang dinyatakan dalam pelan strategik Forward23+.

CIMB telah melancarkan rangkaian penyelesaian kewangan EV yang komprehensif untuk merangsang penggunaan EV dan menyokong peralihan ke arah mobiliti mampan di seluruh ASEAN.

Penyelesaian ini merangkumi pelbagai produk dan perkhidmatan, termasuk kadar pembiayaan kereta utama, perlindungan insurans, dan pelbagai keistimewaan eksklusif lain yang memudahkan pengguna dalam setiap aspek memiliki EV.

Sebagai perantara kewangan yang berusaha mencapai tujuan berkelanjutan, CIMB Group terus memperkukuhkan inovasi dalam kemampanan untuk mencapai sasaran kewangan mampan sebanyak RM100 bilion menjelang 2024 di bawah Rangka Kerja Produk dan Perkhidmatan Hijau, Sosial, Impak Mampan (“GSSIPS”) Kumpulan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply