ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton jual 12,666 unit kenderaan pada bulan Mac, lancar X50 dan X90 di Trinidad dan Tobago

Berita Tempatan

Views

Proton mencatat jualan sebanyak 12,666 unit kenderaan (domestik dan eksport) pada bulan Mac, sekali gus menutup suku pertama (Q1) tahun 2024 dengan jumlah jualan sebanyak 39,150 unit.

Jualan eksportnya juga mencatat kenaikan 63 peratus berbanding daripada tahun lalu. Jumlah Jualan Industri (TIV) untuk pasaran automotif Malaysia pula dianggarkan berjumlah 202,492 unit bagi tiga bulan pertama tahun 2024, meningkat sebanyak 5.1 peratus.

Dari segi pegangan pasaran, Proton berjaya menduduki tangga kedua dalam kalangan semua jenama automotif dengan 19.3 peratus. Model mampu milik, Saga mencatat jualan sebanyak 18,247 unit pada tiga bulan pertama tahun ini, prestasi suku pertama tertingginya dalam tempoh 12 tahun.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Pada bulan Mac, 5,906 unit telah dijual termasuk 93 unit untuk pasaran eksport, meletakkannya di tangga kedua dalam pasaran sedan segmen A. S70 pula mencatat jualan sebanyak 2,072 unit pada bulan Mac (35 unit eksport), menjadikan jumlah jualan bagi suku pertamanya sebanyak 5,828 unit.

Peneraju kelas sedan segmen C kini menjadi model kedua terlaris dalam rangkaian Proton. Model SUV X50 mencatat jualan 1,626 unit, manakala X70 mengalami peningkatan sebanyak 35.5 peratus berbanding bulan sebelumnya dengan 603 unit telah dijual.

NEV pertama syarikat, X90 mengekalkan kedudukan kukuhnya di pasaran SUV segmen D dengan 326 unit diserahkan kepada pelanggan pada bulan Mac. Persona pula muncul sebagai sedan segmen B kedua paling popular di negara ini dengan jualan sebanyak 1,665 unit.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?\

Ini menjadikan jumlah jualan suku pertamanya meningkat kepada 5,370 unit. Sebanyak 468 unit model Iriz berjaya dijual pada bulan Mac dan 1,534 unit untuk suku tersebut. Model hatchback ini masih mengekalkan kedudukan keempat dalam segmen pasarannya.

Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, pihaknya yakin dapat memenuhi sasaran pertumbuhan sambil berusaha ke arah komitmen yang lain seperti pembangunan dan pengenalan model EV berjenama sendiri pada masa hadapan.

Pada 13 Mac lalu, pengimport dan pengedar Proton kereta di Trinidad dan Tobago, Ansa Motors telah melancarkan X50 dan X90 pada satu majlis yang diadakan di cawangan mereka di Charles Street, Pelabuhan Sepanyol.

Semasa berucap pada majlis itu, Jerome Borde, Ketua Perniagaan Serantau, memuji Proton atas tumpuannya terhadap keselamatan, kebolehpercayaan, dan harga dalam pasaran automotif tempatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply