ARKIB

KATEGORI

Buletin

Program Langganan Perodua Ativa Hybrid bermula – Terhad 300 unit sahaja, tempoh langganan 5 tahun

Berita Tempatan

Views

Perodua akan memulakan kajian kenderaan elektrik pertamanya serta mobiliti jangka panjang melalui kajian pasaran perkhidmatan melibatkan 300 pelanggan bagi model terhadnya, Ativa Hybrid (namakod D47B).

Kajian ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu pertama untuk memahami tingkah laku pemanduan berkumpulan kenderaan hibrid di lokasi berpenduduk di negara ini iaitu di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Tujuan lain kajian ini adalah untuk memahami penerimaan para pengguna terhadap perkhidmatan langganan5 tahun, yang ditawarkan oleh Perodua kepada pelanggan korporat di bawah “EZ MOBi“.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad, Perodua Ativa Hybrid adalah kenderaan terbaik untuk mereka mendapatkan pandangan unik tentang tingkah laku rakyat Malaysia sebagai kumpulan terkawal.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Tambah beliau, data ini akan digunakan untuk mengenalpasti keperluan para pelanggan mereka apabila menggunakan kenderaan elektrik.

Majlis Langganan Perodua Ativa Hybrid itu turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Sri Lokman Hakim Ali, Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin dan Pengerusi Daihatsu, Encik Sunao Matsubayashi.

Perodua Ativa Hybrid menggunakan sistem “hibrid bersiri” di mana set motor elektrik menggerakkan roda kenderaan manakala enjin bertindak sebagai penjana kuasa untuk mengecas bateri. Model ini menggunakan enjin 1.2L (WA-VEX) untuk menjana kuasa tersebut.

Dengan teknologi ini, Sistem Bersiri Perodua Ativa Hybrid mampu mencapai jarak sejauh 31.3 kilometer seliter (berdasarkan ujian Kitaran Pemanduan Malaysia).

Beliau berkata, program perintis oleh Perodua ini juga akan membolehkan syarikat kereta kompak itu melihat tahap penerimaan para pelanggan terhadap program langganan jangka panjang sebagai alternatif kepada pembelian dan penjualan traditional kereta.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Kata Datuk Sri Zainal, walaupun pihaknya percaya bahawa pemilikan kenderaan masih lagi menjadi perniagaan utama namun, ada kemungkinan perniagaan langganan kenderaan ini diterima oleh lebih ramai pengguna dalam masa terdekat.

Inilah yang dimaksudkan dengan ‘langganan’ – satu perkhidmatan yang mana semua kewajipan lain untuk memiliki kenderaan seperti mengikuti jadual penyelenggaraan, membayar insurans kenderaan dan cukai jalan – semua akan diuruskan sepenuhnya oleh Perodua.

Tambahnya lagi, apa yang pelanggan perlu lakukan ialah membayar yuran langganan untuk menikmati pakej tersebut.

Beliau menjelaskan bahawa Perodua sememangnya mempunyai perkhidmatan langganan sedia ada yang diuruskan di bawah EZ MOBi tetapi buat masa ini perkhidmatan langganan hanya untuk syarikat dan bukan individu. Perkhidmatan EZ MOBi Perodua mula diperkenalkan pada Januari 2021.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply