ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Ativa hibrid (D47B) adalah versi ‘tukar lencana’ Daihatsu Rocky e:Smart Hybrid – CBU dari Jepun, 300 unit sahaja?

Foto Intip

Views

Sebenarnya telah beberapa kali kami memaparkan foto intip unit ujian Daihatsu Rocky e:Smart Hybrid yang hanya ditutup pada bahagian logonya sahaja.

Cuma foto intip terbaharu kali ini ‘lebih menarik’ kerana pelekat hitam pada logo tersebut langsung tidak dipasang dan memperlihatkan lencana Perodua.

Foto-foto tersebut telah dimuatnaik oleh Soh Lin Siong ke laman group Perodua Ativa中文交流区 (D55L). Menurut rakan media di Automachi.com, ia sememangnya model Ativa hibrid (namakod D47B) dan merupakan versi siap bina (CBU) dari Jepun.

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

Dikhabarkan Perodua hanya akan membawa masuk 300 unit Ativa hibrid (mungkin buat permulaan) dan ia akan dijual secara pajakan.

Model hibrid sulung Perodua ini nanti akan dijana oleh trenkuasa e:Smart, yang mengabungkan enjin 1.2 liter tiga-silinder (kod WA-VEX) yang disambungkan kepada motor elektrik.

Ia merupakan enjin yang sama dengan Rocky di Indonesia dan mampu menjana 82 kuasa kuda dan 105 Nm daya kilas. Enjin ini juga mampu mencapai kadar kecekapan haba sehingga 40 peratus.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Motor elektriknya pula mampu menjana 106 kuasa kuda dan 170 Nm daya kilas. Sebenarnya teknologi adalah sama dengan konsep REEV (Extended Range Hybrid Engine).

Rocky versi hibrid ini turut dilengkapi dengan sistem injak pintar dikenali sebagai S-PDL yang membolehkan pemandu memecut, memperlahankan, dan berhenti dengan hanya menggunakan injak pemecut sahaja.

Selain itu, untuk varian andalan ia akan dilengkapi dengan brek parkir elektrik (EPB) dan sistem bantuan pemandu yang dipertingkatkan. Desas-desus mengatakan Perodua bakal memperkenalkan Ativa hibrid menjelang akhir tahun ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Soh Lin Siong

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply