ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Saga muncul sedan terlaris di Kenya bagi tahun 2021

Berita Global

Views

Kami mungkin terlepas pandang mengenai berita gembira ini. Menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya pada 25 Februari lalu, Proton Kenya dengan bangganya mengumumkan Saga telah dinobatkan sebagai model sedan Nombor 1 paling laris jualannya di negara tersebut bagi tahun 2021.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Simba Corporation merupakan pemegang francais jenama Proton di pasaran di Kenya. Model Saga pula dikeluarkan secara pemasangan tempatan (CKD) di fasiliti pengeluaran Associated Vehicle Assemblers (AVA) yang terletak di Miritini, dalam Daerah Mombasa.

Proton Kenya dalam hantaran yang sama turut mengucapkan terima kasih buat para pelanggan atas sokongan mereka. Di Kenya, Saga ditawarkan dalam tiga pilihan varian yang terdiri daripada varian Standard MT, Standard AT dan Premium AT.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Ia dikuasakan oleh enjin 1.3 liter dengan VVT yang menjana 94 kuasa kuda dan 120 Nm daya kilas. Enjin ini dipadankan dengan pilihan transmisi 5-kelajuan manual atau 4-kelajuan automatik.

Merujuk kepada laman sesawang Proton Kenya, kadar bayaran ansuran bulanan Saga adalah serendah KSh. 29,400.00 (RM1,076) sebulan. Proton turut menawarkan jaminan selama 5 tahun atau 150,000km untul model Saga di Kenya.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Proton Kenya

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply