ARKIB

KATEGORI

Buletin

Supermoped WMoto akan dijual bawah jenama Voge, pelancaran Mei nanti?

Berita Tempatan

Views

Ini perkembangan mutakhir berkenaan dengan model supermoped WMoto FC155 yang telah dikesan mula menjalani ujian jalan raya pada 1 Januari lalu.

Menurut rakan media di Mekanika, supermoped berkenaan akan dijual dibawah lencana Voge yang merupakan jenama premium milik Loncin dan diedarkan di Malaysia oleh MForce Bike Holdings (MForce).

Sumber Mekanika mengatakan, supermoped tersebut telah dibangunkan sepenuhnya oleh Voge, namun dengan gaya reka bentuk yang ditetapkan oleh MForce.

MForce juga dikatakan mempunyai perancangan besar bagi supermoped berkenaan. Syarikat tersebut turut bercadang untuk melancarkan pasukan perlumbaan yang akan bersaing di Cub Prix dalam  kategori CP150.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Bagaimanapun, MForce terlebih dahulu perlu menjalani proses homologasi termasuk menjual lebih 500 unit di pasaran domestik untuk layak bersaing dalam kategori tersebut.

Dalam perkembangan berasingan, rakan media di Pandulaju memaklumkan, MForce dijangka memperkenalkan beberapa jenama motosikal dan skuter baharu ke pasaran tempatan.

Antara jenama baharu yang dikatakan bakal membuat kemunculan ialah Cyclone dan Voge. Satu lagi jenama yang mungkin diperkenalkan secara serentak ialah Morbidelli.

Difahamkan kesemua jenama motosikal dan skuter baharu itu akan diperkenalkan sempena MForce Motoshow 2024 yang berlangsung dalam Malaysia Autoshow 2024 di MAEPS Serdang pada 22 hingga 26 Mei nanti.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

MForce dikatakan sudah mendapat satu dewan pameran di Malaysia Autoshow 2024 untuk mempamerkan kesemua jenama motosikal dan skuter yang ada.

Di dewan yang sama juga, MForce akan menampilkan beberapa model motosikal dan skuter akan datang. Dikhabarkan, model-model tersebut bakal dilancarkan ke pasaran tempatan secara berperingkat mulai tahun ini sehingga 2026.

Selain itu, ada beberapa pelancaran motosikal dan skuter baharu akan dilakukan di MForce Motoshow 2024. Adakah pameran ini juga bakal menyaksikan pelancaran supermoped WMoto FC155?

Sama-sama kita nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Najwa Syafiqah

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply