ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tujuh tahun pandu BMW X6 tanpa cukai jalan, insurans

Berita Tempatan

Views

Tindakan seorang lelaki memandu kenderaan mewah jenis BMW X6 yang telah tamat tempoh Lesen Kenderaan Motor (LKM) selama tujuh tahun terbongkar apabila ditahan di Lebuhraya Grand Sepadu hala Bukit Raja pada Selasa.

Kenderaan tersebut ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor kira-kira jam 11.30 pagi semasa rondaan sempena Op Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2024.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, selain LKM tamat tempoh, kenderaan tersebut juga tidak mempunyai perlindungan insurans.

Kenderaan mewah itu dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 59 tahun. Alasan diberikan tidak memperbaharui cukai jalan kerana memandu untuk jarak dekat dan membeli kenderaan itu dengan tidak menukar nama.

Mengulas lanjut, Azrin berkata, kenderaan tersebut telah disita di bawah Seksyen 64(1) dan dibawa ke JPJ Shah Alam.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Kata beliau, kesalahan tidak memiliki insurans perlindungan kenderaan yang sah boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 90 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

Sementara itu, beliau berkata, sebarang aduan kesalahan lalu lintas, orang ramai boleh menyalurkan kepada [email protected] atau platform aplikasi e-aduan berserta butiran pengadu serta butiran aduan. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit JPJ Negeri Selangor

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply