Ini kali pertama Proton memperlihatkan sedikit bahagian kabin e.MAS 7 menerusi hantaran di akaun Instagram rasminya beberapa hari lalu.
Seperti yang dijangka, ia tidak banyak berubah berbanding model kembarnya, iaitu Geely Galaxy E5, dan Proton telah memilih kemasan dengan penggunaan rona gelap.
Kembar Proton e.MAS 7 itu pula mempunyai tiga pilihan rona dalaman dengan kombinasi warna yang berbeza. Versi Proton juga dilengkapi unit inforia bersaiz 15.4 inci dengan resolusi 2.5k, termasuk paparan kelompok digital untuk pemandu bersaiz 10.2-inci.
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
Sistem inforia Flyme Auto dihasilkan pengeluar peranti pintar, Meizu dan dikasakan oleh cip pemproses automotif 7 nm, Dragon Eagle One.
Selain itu, e.MAS 7 turut dilengkapi sistem audio premium Wanos dengan 16-pembesar suara dari Flyme Sound, termasuk pada bahagian penyandar kepala tempat duduk hadapan.
Semalam penulis dapat mendengar sendiri audio dari Flyme Sound dan kualiti bunyi yang dihasilkan ‘cukup padu’ dan mengasyikkan.
SUV elektrik segmen-C ini menggunakan teknologi penyepaduan bateri sel-ke-badan atau CTB bagi membolehkannya mencapai nisbah beban gandar depan-ke-belakang 50:50.
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
Ia dikuasakan oleh motor elektrik tunggal pada gandar hadapan dengan output maksimum 218 PS dan 320 Nm daya kilas. SUV elektrik ini mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 6.9 saat.
Difahamkan e.MAS 7 bakal ditawarkan dua konfigurasi bateri, sama seperti Galaxy E5, iaitu 49.52 kWj dan 60.22 kWj, yang masing-masing memberikan jarak pemanduan antara 440 km dan 530 km.
Jurutera Proton juga telah melaksanakan 49 proses tambahan ciri unik daripada Geely untuk memastikan Proton e.MAS 7 memenuhi piawaian tertinggi di peringkat tempatan dan global.
Ini termasuklah kebolehan meredah air yang telah dipertingkatkan, di mana hasil ujian e.MAS 7 berjaya menewaskan Galaxy E5 dengan kedalaman paras air 400mm, bagi membolehkannya menangani situasi banjir.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
KOMEN TERKINI