ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton akhiri 2023 di tangga kedua carta jualan keseluruhan, Saga model paling laris

Berita Tempatan

Views

Pengeluar kereta nasional, Proton mengakhiri tahun 2023 dengan mencatatkan prestasi jualan terbaiknya sejak tahun 2012, apabila ia mencapai pertumbuhan jualan bagi lima tahun berturut turut.

Pada bulan Disember, sebanyak 12,711 unit telah dijual untuk menokok jumlah jualan akhir tahunnya kepada 154,611 unit (domestik + eksport), meningkat 9.3 peratus berbanding 141,432 unit pada 2022.

Dari segi pegangan pasaran keseluruhan pula dijangka sebanyak 19.4 peratus dibelakang Jumlah Jualan Industri (TIV) yang dianggarkan 794,948 unit, meningkat kira-kira 10.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Proton juga menamatkan tahun 2023 di tempat kedua dalam jualan keseluruhan, sekali gus mengekalkan posisi tersebut untuk tahun kelima berturut-turut.

Tiga model SUVnya, iaitu X50, X70 dan X90 telah berjaya meningkatkan lebih 200,000 unit daripada jumlah jualan sejak Disember 2018.

Permintaan bagi model PIES iaitu Persona, Iriz, Exora dan Saga turut mencatat peningkatan, sekali gus memacu pertumbuhan jualan pada 2023.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Saga membuka dan menutup tahun ini sebagai model Proton terlaris dengan jualan sebanyak 70,184 unit yang merupakan prestasi terbaiknya sejak tahun 2012.

Model sedan ‘marhaen’ ini juga merupakan kenderaan keempat terlaris di Malaysia untuk tahun 2023 dan turut mencatat pertumbuhan jualan sebanyak 25.6 peratus.

Persona merupakan model Proton yang mencatat peningkatan terbesar dengan jualan sebanyak 24,362 unit tahun lalu.

Meskipun menghadapi isu kekurangan cip pada tahun 2022, jualan untuk sedan segmen B itu melonjak semula sebanyak 48.9 peratus dan meletakkan model ini di tempat kedua dalam kelasnya.

Model hatchback segmen B, Iriz yang turut terjejas oleh isu cip tahun lepas juga mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 33.8 peratus kepada 7,639 unit pada tahun 2023.

Exora yang ditamatkan pengeluarannya juga mencatat kenaikan jualan sebanyak 4.6 peratus, dengan 4,473 unit telah berjaya dijual.

Sehingga kini, lebih 194,000 unit Exora telah terjual, menjadikannya MPV segmen C paling berjaya dalam sejarah automotif Malaysia.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Permintaan untuk X50 kekal kukuh dengan 31,829 unit dijual di Malaysia dan pasaran eksport pada tahun 2023, meskipun lebih 100,000 unit telah dikeluarkan.

X90 terus menjadi kuasa dominan dalam pasaran SUV segmen D dan mengakhiri tahun 2023 dengan jumlah jualan sebanyak 4,815 unit sejak ia dilancarkan pada 7 Mei 2023.

Kedua-dua model dalam SUV siri X ini juga menjadi peneraju pasaran bagi segmen masing masing tahun lalu. X70 merupakan SUV segmen C kedua paling popular bagi tahun 2023 dengan 11,200 unit terjual.

Bagi model sedan segmen C S70, penghantaran hanya akan bermula pada tahun 2024 dan sehingga kini, lebih 5,000 tempahan telah pun diterima.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong, pihaknya yakin akan mengekalkan momentum ini pada 2024, disokong oleh pengenalan model S70.

Selain daripada penawaran produk yang menarik, Proton juga memfokuskan untuk menambah baik pengalaman jenama di bilik pameran dan pusat perkhidmatan selepas jualan untuk menarik pembeli baharu, di samping membina kesetiaan dalam kalangan pemilik sedia ada.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah, berkata dedikasi mereka untuk menambah baik perkhidmatan selepas jualan dan alat ganti telah memainkan peranan penting dalam mencapai kejayaan ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply