ARKIB

KATEGORI

Tular

Wanita ini buat laporan polis Bezza baru dibeli rosak selepas 8 jam, perjalanan 46 km – Perodua kata enjin rosak angkara benda asing seperti ‘gula’?

Tular

Views

Tular satu hantaran yang dimuatnaik menerusi akaun Facebook bernama Nagakanni Subramaniam sejak semalam yang mendakwa dirinya terpaksa membayar ansuran bulanan Perodua Bezza 1.3 X, namun tidak dapat menggunakan keretanya kerana mengalami kerosakan.

Apa yang lebih mengejutkan, kereta yang baharu dibeli itu hanya sempat digunakan selama 8 jam sahaja. Jika dilihat foto meter perjalanan (trip meter) yang dikongsikan, ia hanya menunjukkan sejauh 46 km sahaja.

Kereta tersebut telah dibelinya di Pusat Jualan Harapan Terang Motor Sdn Bhd Segamat pada 17 Oktober 2023. Tambahnya, meskipun sudah lebih 2 bulan, masih tiada jawapan dan kes masih belum selesai.

Lebih menyedihkan, dia masih perlu membayar ansuran bulanan sebanyak RM537, walaupun kereta masih lagi rosak. Dia telah membuat laporan polis pada 18 dan 19 Oktober 2023 sambil menyeru orang ramai untuk berkongsi kisah ini supaya haknya terbela.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Berikut adalah kronologi kes ini:

17 Oktober 2023:
Saya beli kereta Bezza 1.3 X dari Pusat Jualan Harapan Terang Motor Sdn Bhd Segamat pada jam 11 pagi. 8 jam kemudian, pukul 7.40 malam, bila saya ‘start’ enjin, kereta dah ‘tak hidup’.

18 Oktober 2023:
Kereta saya ditunda ke Pusat Servis Perodua Segamat. Mekanik di Pusat Servis bagitahu yang enjin kereta saya dah rosak.

18 Oktober 2023 (hari yang sama):
Saya telah meminta Perodua untuk ganti kereta baharu. Saya diminta untuk menunggu keputusan dari HQ Perodua yang memerlukan waktu dua minggu hingga satu bulan.

9 November 2023:
En. Sufian, Customer Sales Executive dari HQ Perodua menghubungi saya. Dia kata, menurut penyiasatan awal, enjin kereta saya rosak sebab ada benda asing seperti gula. Dia kata bahan tersebut tidak digunakan oleh Perodua. Masalahnya, saya pun tak bawa apa-apa makanan atau gula dalam tempoh 8 jam tu, apatah lagi nak usik enjin.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

15 November 2023:
En Sufian kata saya kena buat pinjaman baharu dulu untuk kereta baharu. Saya kata saya boleh buat hanya lepas dia selesaikan pinjaman lama saya dulu. Sebab sehingga hari ni, saya masih bayar ansuran bulanan kereta itu.

4 Disember 2023:
Penasihat jualan dari Pusat Jualan Harapan Terang meminta dokumen dari saya untuk membuat pinjaman kedua. Saya tolak permintaan itu sebab pinjaman pertama saya masih belum selesai.

8 Disember 2023:
Pihak Perkhidmatan Pelanggan memberitahu bahawa cadangan akhir (final proposal) belum dipersetujui, dan Perodua sedang menyelidik kesilapan dalaman. Atau dalam erti kata lain, mereka belum boleh memberi ‘kelulusan hitam putih’ untuk tukar kereta saya dengan kereta baharu.

02 Januari 2024 (semalam):
Masih belum menerima apa-apa jawapan (secara hitam putih) daripada Perodua walaupun sudah lebih 2 bulan. Namun, saya masih perlu membayar pinjaman setiap bulan.

Setakat artikel ini diterbitkan, hantaran tersebut telah menerima lebih 5,200 komen dan lebih 12,000 perkongsian di media sosial. Penulis berharap pihak Perodua dapat memberi jawapan dengan segera, agar kes ini dapat diselesaikan secara baik.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Nagakanni Subramaniam

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply