ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton bakal ‘luaskan kuasanya’ ke China

Views

Proton Holdings Berhad dan Zhejiang Geely Holding Group hari ini telah menandatangani persetujuan bagi memulakan kerjasama yang membolehkan Proton membuat dan memasarkan kereta-keretanya di China. Kedua-dua syarikat memegang ekuiti sama melalui sebuah syarikat kerjasama yang belum diberi nama (JVC). DRB-HICOM Berhad berkata usaha sama ini termasuklah pembukaan fasiliti pengeluaran serta mengembangkan rangkaian pengedar untuk memasarkan kereta Proton di China.

Portfolio kereta-kereta untuk pasaran China adalah berdasarkan platform sedia ada Geely, namun rekaan luarannya akan dibangunkan sendiri oleh Proton. Penjanjian ini turut melibatkan platform sedia ada Proton sekiranya ia bersesuaian untuk dibangunkan menjadi model-model untuk pasaran China.

Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Datuk Sri Syed Faisal Albar berkata, penglibatan Geely sebagai rakan strategik Proton telah membuka jalan yang mudah bagi syarikat itu untuk memasuki pasaran China yang akan mendatangkan keuntungan. Dengan adanya Geely, peluang Proton untuk ke China kini lebih terbuka.

Antara peranan Geely adalah untuk memastikan jaminan lesen-lesen perkilangan dan kelulusan kawal selia yang diperlukan bagi usaha sama tersebut berada di bawah peraturan yang ditetapkan oleh China. Geely juga akan mengenalpasti lokasi yang bersesuaian untuk membina kemudahan perkilangan tersebut,” ujar Syed Faisal.

JOM BACA >> Rapid Bus Sdn Bhd Tubuh Pasukan Khas Untuk Tuntutan Insurans

Beliau turut menambah bahawa pembekal-pembekal komponen Proton yang berkualiti dan berdaya saing juga akan dipertimbangkan untuk menjadi pembekal syarikat usaha sama tersebut. Ini seharusnya seiring dengan saranan kerajaan Malaysia yang mahukan pembuat komponen untuk masuk ke pasaran China.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut menyatakan sebelum ini kekurangan kereta keluaran Malaysia dieksport ke pasaran-pasaran serantau, tidak seperti jenama-jenama seperti Jepun, Korea dan China yang memasuki pasaran Malaysia. Jualan kenderaan penumpang China telah meningkat secara mendadak sejak 10 tahun yang lalu.

Pada 2008, sebanyak 6.78 juta kereta penumpang telah terjual di China, tetapi, jualan telah meningkat sehingga 24 juta pada 2017. Geely merupakan penyumbang utama, yang turut menjadi syarikat pengeluaran kereta sendirian pertama yang menjual lebih 1 juta unit kereta secara domestik dalam tempoh setahun. Pada 2017, Geely menjual lebih daripada 1.24 juta kereta, memperoleh pegangan pasaran 5.06 peratus.

Pada separuh tahun pertama 2018, Geely menjual anggaran lebih 125,000 unit keretanya sebulan, dengan jualan model SUV Boyue melebihi 20,000 unit setiap bulan kecuali pada Januari di mana sebanyak 30,000 unit terjual. Model SUV yang telah ditambahbaik itu dijangka akan dilancarkan di Malaysia pada akhir 2018 dan bakal menjadi SUV pertama Proton. Kedua-dua syarikat menjangkakan untuk memulakan usaha sama ini pada tahun pertama 2019, sekiranya berjaya memperoleh kelulusan kawal selia.

JOM BACA >> Geely Bin Rui Dan SX11 – Fakta Ringkas Bakal Dua Model Proton Masa Depan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply