ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Saga versi CKD dilancarkan secara rasmi di Kenya

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu hantaran ringkas di laman Facebook rasminya, State House Kenya memaklumkan Presiden Kenya, Uhuru Kenyatta telah melancarkan Proton Saga pemasangan tempatan (CKD) di fasiliti pengeluaran Associated Vehicle Assemblers (AVA) yang terletak di Miritini, dalam Daerah Mombasa.

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Dalam ucapannya kepada para pekerja AVA, Presiden yang turut diiringi oleh Gabenor Mombasa Ali Hassan Joho memuji Simba Corporation yang merupakan pemegang francais Proton di Kenya dan semua pemasang kenderaan yang lain kerana menyokong agenda Kerajaan untuk menghidupkan kembali industri pemasangan kenderaan kerana menyokong kekayaan dan mencipta pekerjaan untuk belia Kenya.

Dalam artikel terdahulu, sebanyak 30 unit Saga telah dihantar secara tercurai dan akan dipasang secara tempatan (CKD) di Kenya. Model tersebut akan dipasang oleh syarikat Simba, sebuah konglomerat pelbagai perniagaan yang mempunyai sejarah panjang dalam penjualan dan pengalaman pemasangan di industri automotif.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Proton membuat keputusan untuk mengeksport Saga secara CKD setelah perundingan terperinci bersama rakan kongsinya di Kenya iaitu, Simba. Selain daripada kenderaan pemasangan tempatan membayar cukai yang lebih rendah, unit CKD juga dijangka akan mendorong pembangunan industri pembuatan automotif di negara tersebut.

Menerusi inisiatif ini, Proton bukan sahaja menjejakkan kaki mereka ke negara dengan populasi 51 juta orang, malah ia menjadi pintu masuk ke benua Afrika yang mempunyai pasaran berpotensi sebanyak 1.3 bilion orang. Oleh itu, Proton berharap ini menjadi permulaan kepada lebih banyak perdagangan antara dua negara.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit State House Kenya

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply