Setelah mengumumkan pelantikan 17 pengedar rasmi Proton e.MAS yang pertama dalam majlis menandatangani perjanjian semasa pelancaran jenama tersebut pada 12 Jun, jumlah itu kini telah bertambah kepada 18 pengedar di seluruh Malaysia.
Penubuhan 18 cawangan Proton e.Mas yang diwakili oleh 16 pengedar, menunjukkan langkah penting dalam menerajui pengembangan rangkaian yang besar dan meluas.
Tujuh belas daripada cawangan ini ditempatkan secara strategik di seluruh Semenanjung Malaysia, iaitu tiga di Kuala Lumpur dan Perak, empat di Selangor, dua di Johor dan di Pulau Pinang, serta masing-masing satu di Kedah, Kelantan, dan Pahang.
Satu cawangan di Malaysia Timur iaitu terletak di Sabah. Pengembangan strategik ini menegaskan komitmen PRO-NET untuk menyediakan rangkaian yang mudah diakses dan sokongan menyeluruh kepada para pelanggan di seluruh negara.
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
Cawangan-cawangan ini beroperasi di bawah model rangkaian komprehensif, dari pusat 1S hingga ke pusat 3S untuk memastikan para pelanggan menerima perkhidmatan yang menyeluruh dari setiap aspek.
Pembangunan ini menunjukkan dedikasi PRO-NET untuk memulakan ekosistem yang serba lengkap dan komprehensif dalam memastikan kesiapsediaan kepada bakal pemilik Proton e.MAS.
Rakan kongsi PRO-NET juga penting dalam menyediakan ruang komuniti untuk pengalaman yang luar biasa, platform digital yang lancar, perkhidmatan selepas jualan, dan pilihan pengecasan.
PRO-NET ingin menyasarkan untuk mencapai 30 cawangan pengedar menjelang 2025, dengan plan pembesaran yang fleksibel berdasarkan permintaan yang tinggi.
Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, syarikat berhasrat untuk memimpin industri kereta nasional dalam memanfaatkan perubahan kepada kenderaan elektrik untuk membina masa depan yang lebih lestari.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Tambahnya, pengedar bukan sekadar menjual kenderaan, malah menyediakan pusat inovasi dan pembelajaran yang bertujuan untuk mendidik dan memberi inspirasi kepada pengguna.
PRO-NET kini sedang mencari rakan kongsi yang berminat dan komited dalam menyertai rangkaian pengedar Proton e.MAS yang terletak di kawasan-kawasan seperti berikut:
- Alor Setar
- Kuala Terengganu
- Selangor
- Kuala Lumpur
- Seremban
- Melaka
- Johor Bahru
- Batu Pahat
- Muar
- Kuching
- Sibu
- Bintulu
- Miri
- Sandakan
- Tawau
Jika anda berminat, sila hantarkan emel kepada [email protected] atau [email protected].
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI