ARKIB

KATEGORI

Info

Proton Iriz MC2 – Apa yang baharu?

Views

Beberapa hari lepas, laman web ini telah membocorkan foto Proton Iriz MC2 yang telah menarik perhatian ramai netizen. Walaupun hanyalah gambar yang dicuri rakam oleh individu yang tidak diketahui, ia menimbulkan pelbagai reaksi, ada yang menyukainya dan ada pula sebaliknya. Namun pada kami, perubahan yang dibuat oleh pasukan pereka Proton berjaya menyuntik kesegaran pada rekaan model hatchback kompak ini.

JOM BACA >> PANAS : Foto Perodua Aruz bocor – Bakal dilancarkan 15 Januari ini?

Jadi, apa yang baharu pada model Iriz MC2?

Menurusi maklumat yang kami terima, ada beberapa perubahan yang baharu pada model ini. Antaranya ialah:

  • Lampu hadapan baharu (berkongsi unit yang sama dengan model Persona).
  • Rekaan jeriji baharu yang menampilkan sayap Proton yang berbentuk busur, diinspirasikan dari X70.
  • Bampar hadapan dan belakang rekaan baharu.
  • Rim aloi baharu.
  • Reka corak pada sarung tempat duduk baharu.
  • Kemasan hitam pada pintu but belakang yang tertera perkataan Proton (tiada lagi penggunaan logo selepas X70).
  • Lampu nyalaan siang LED (DRL) baharu.
  • Tolok meter rekaan baharu yang bakal menampilkan paparan pelbagai info bersaiz 5 inci di bahagian tengah.
  • Unit infohibur baharu yang berkemungkinan ada ciri Sistem Maklumat Kokpit Bersepadu (GKUI) seperti model X70, namun fungsinya lebih terhad.
  • Penambahan satu warna baharu iaitu biru.

Walaubagaimanapun, enjin dan transmisi CVTnya masih kekal namun penambahbaikan telah dilakukan supaya ia lebih cekap bahan bakar, kurang sentapan (jerking) dan daya pecutan yang lebih baik. Selain itu NVHnya turut dipertingkatkan dan kami jangka ia lebih baik dan senyap berbanding model semasa. Berkemungkinan Iriz MC2 bakal dilancarkan dalam suku pertama tahun ini selepas pelancaran model Persona facelift. Model Persona facelift yang turut dipertingkatkan seperti Iriz MC2 bakal diperkenalkan lebih awal.

JOM BACA >> INTIP : Lynk & Co 01 dikesan – Adakah ini ‘keldai ujian’ Proton X50?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

5 Comments


  • Xda turbo? Xpalah. Pakai saja myvi.. Iriz xda daya tarikan lebih baik dari Myvi.. Kalau ada turbo 1.3 mungkin Iriz berbeza sambutannya..


      • Handling sedap tanpa enjin turbo umpama pokok tak berbuah. Sbb tu baik ambik myvi dapat faedah kecekapan bahan api, aftersale service yg baik, enjin reliable. Saya pakai ford fiesta ecoboost 1.0 turbo. Jd tu benhcmark. Problem ford ni selenggara yg agak mahal & enjin turbo yg manja. Jadi pilihan keutamaan mungkin enjin yg reliable & kecekapan bahan api pula. Mungkin vento 1.2 tsi lepas ni jika polo masih kekal dgn 1.6mpi. Betul kata org. Sekali kena turbo, selamanya takleh drive tanpa turbo.. Haha

Leave a Reply