Mulai tengah malam nanti, harga runcit mingguan baharu petrol RON95 dan RON97 masing-masing akan turun 1 sen dari RM1.93 dan RM2.23 seliter, manakala diesel pula naik 1 sen seliter berbanding RM2.04 pada minggu lepas. Harga runcit mingguan baharu ini akan berkuat kuasa dari 12/01/2019 hingga 18/01/2019.
Ia berikutan pengumuman daripada kerajaan yang kembali menggunakan mekanisma sistem apungan harga minyak mingguan bagi membolehkan pengguna menikmati perubahan harga lebih cepat mengikut harga pasaran minyak mentah dunia semasa.
JOM BACA >> PANAS : Foto Perodua Aruz bocor – Bakal dilancarkan 15 Januari ini?
Berikut adalah harga runcit mingguan baharu petrol dan diesel mulai 12/01/2019 hingga 18/01/2019:
- RON95 : RM1.92 seliter (turun 1 sen)
- RON97 : RM2.22 seliter (turun 1 sen)
- Diesel : RM2.05 seliter (naik 1 sen)
JOM BACA >> INTIP : Lynk & Co 01 dikesan – Adakah ini ‘keldai ujian’ Proton X50?
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI