ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton ‘jejak kaki’ ke Kenya – 30 unit Saga akan dipasang secara CKD

Berita Tempatan

Views

Kenya menjadi senarai negara eksport terbaharu kereta Proton kerana baru-baru ini sebanyak 30 unit Saga telah dihantar secara tercurai dan akan dipasang secara tempatan (CKD) di sana. Model tersebut akan dipasang oleh syarikat Simba, sebuah konglomerat pelbagai perniagaan yang mempunyai sejarah panjang dalam penjualan dan pengalaman pemasangan di industri automotif.

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang kami tahu setakat ini

Proton membuat keputusan untuk mengeksport Saga secara CKD setelah perundingan terperinci bersama rakan kongsinya di Kenya iaitu, Simba. Selain daripada kenderaan pemasangan tempatan membayar cukai yang lebih rendah, unit CKD juga dijangka akan mendorong pembangunan industri pembuatan automotif Kenya.

Menurut Datuk Radzaif Mohamed, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, mereka akan akan tetap mengukuhkan kedudukan domestik dan dalm masa yang sama juga mahu sebagai pembuat kenderaan antarabangsa. Oleh demikian, produk mereka perlu berada di bandar lain seperti Bangkok, Islamabad, Kaherah dan kini, Nairobi.

JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?

Berucap semasa majlis pelepasan baru-baru ini, Pesuruhjaya Tinggi Kenya ke Malaysia, Francis N. Muhoro berkata, negaranya kini mengamalkan dasar pandang ke Timur dan berharap lebih banyak syarikat Malaysia boleh menerokai peluang pelaburan di Kenya.

Tambah beliau, Proton bukan sahaja menjejak ke negara dengan populasi 51 juta orang, malah pintu masuk ke benua Afrika yang mempunyai pasaran berpotensi sebanyak 1.3 bilion orang. Oleh itu, beliau berharap ini menjadi permulaan kepada lebih banyak perdagangan antara dua negara.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?
JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!
JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply