ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton jual 152,352 unit kenderaan pada 2024, masih kekal di tangga kedua keseluruhan

Berita Tempatan

Views

Proton ‘menutup buku’ tahun 2024 dengan menjual sebanyak 152,352 unit (domestik dan eksport) untuk sekali lagi menduduki tempat kedua dalam carta jualan.

Tahun 2024 ditutup dengan cemerlang dengan 14,601 unit dijual pada bulan Disember, meningkat sebanyak 19.7 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Ini merupakan angka jualan kedua tertinggi untuk tahun 2024, susulan bulan yang memberangsangkan untuk eksport dengan 1,113 unit dihantar ke pasaran luar negara.

Selain daripada jualan kenderaan jenama Proton, pengeluar kereta nasional itu juga merupakan pengimport dan pengedar untuk model smart Automobile melalui anak syarikatnya PRO-NET.

Sebanyak 622 unit smart #1 dan #3 telah dijual pada 2024, menjadikan jumlah keseluruhan kenderaan yang dijual sebanyak 152,974 unit.

Jumlah keseluruhan industri (TIV) untuk 2024 dianggarkan mencapai 813,521 unit, manakala pegangan pasaran Proton untuk tahun ini dianggarkan pada 18.7 peratus.

Ini adalah tahun keenam berturut-turut syarikat mencatat kedudukan kedua dalam carta, memberikannya asas kukuh untuk menghadapi persaingan pada tahun 2025.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Model terlaris Proton pada tahun 2024 iaitu Saga, telah berjaya merekodkan jualan sebanyak 72,769 unit, meningkat sebanyak 3.7 peratus berbanding 2023.

Menjelang ulang tahun ke-40nya, model ini mempunyai senarai pencapaian yang mengagumkan, termasuk menjadi kenderaan Malaysia pertama dengan lebih 2 juta unit jualan, yang dicapai pada bulan Jun tahun lalu.

S70 pula mencatatkan jualan keseluruhan 19,182 unit yang dihantar pada tahun 2024, menjadikannya sedan segmen-C paling popular di negara ini.

Pada bulan Disember, jualan model ini mencatatkan peningkatan sebanyak 27.2 peratus berbanding bulan sebelumnya dengan 1,670 unit terjual.

X50 2024 menerima sambutan luar biasa dengan jumlah tempahan sebanyak 8,000 unit, dengan jualan pada bulan Disember mencatat peningkatan 36.8 peratus berbanding bulan sebelumnya dengan 2.614 unit terjual.

Pencapaian cemerlang ini menjadikannya sebagai SUV segmen-B terlaris selama empat tahun berturut-turut dengan jumlah jualan mencapai 23,647 unit pada 2024.

SUV segmen-C, X70 2025 pula telah berjaya dijual sebanyak 8,992 unit pada tahun 2024. Jualan Disember mencatatkan peningkatan 36.7 peratus kepada 1,456 unit, berbanding 1,065 unit pada November.

Sementara itu, model SUV segmen-D, X90, muncul sebagai peneraju jualan segmennya dengan jumlah jualan sebanyak 3,553 unit.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Sedan segmen-B Proton iaitu Persona dan model hatchback Iriz, turut mencatatkan peningkatan jualan pada hujung 2024.

Persona mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 9.6 peratus pada bulan Disember dengan 1,528 unit terjual, menjadikan jumlah keseluruhan jualan untuk tahun tersebut sebanyak 18,853 unit.

Iriz pula telah terjual sebanyak 351 unit, meningkat 10 peratus ketimbang bulan sebelumnya, dengan jumlah jualan keseluruhan untuk 2024 mencapai 5,113 unit.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, tahun 2024 merupakan tahun yang cemerlang buat Proton dan syarikat turut berbangga dapat mengekalkan kedudukan sebagai jenama automotif kedua paling popular di Malaysia.

Pada 2024, Proton mengeksport kenderaan ke 18 buah negara dan mencatatkan peningkatan jualan eksport
sebanyak 31 peratus berbanding 2023.

Peningkatan pesanan dari Mesir telah mendorong jumlah eksport pada bulan Disember kepada 1,113 unit, menjadikan jumlah keseluruhan eksport untuk tahun tersebut sebanyak 4,765 unit.

Mesir juga muncul sebagai destinasi eksport utama dengan 1,748 unit pada tahun 2024. Brunei pula muncul sebagai destinasi kedua paling popular, dengan 1,200 unit telah berjaya dieksport.

Bagi pecahan model, Saga mendahului dengan 2,906 unit, menyumbang sebanyak 61 peratus kepada jumlah eksport keseluruhan, diikuti rapat oleh X50 dan S70.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply