Tahun 2024 menyaksikan Perodua mencatat jualan sebanyak 358,102 unit kenderaan, yang merupakan pendaftaran tertinggi dengan peningkatan sebanyak 8.4 peratus, mengatasi pencapaian pada tahun 2023 iaitu 330,325 unit kenderaan.
Bukan itu sahaja, Perodua telah mengeluarkan 368,100 unit kenderaan pada 2024, yang merupakan jumlah pengeluaran tertinggi sepanjang 30 tahun operasi jualannya, dengan peningkatan sebanyak 7.2 peratus daripada 343,400 yang dicatatkan pada 2023.
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad, pihaknya telah mengatasi kapasiti asal sebanyak 320,000 unit dan ia menunjukkan penyelarasan yang telah dilaksanakan secara dinamik dalam memenuhi objektif bersama.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Tambah beliau, pencapaian ini menunjukkan potensi sebenar Perodua dan akan menjadi penanda aras bagi industri untuk tempoh beberapa tahun akan datang.
Pencapaian ini juga membuktikan bahawa kualiti dan kuantiti boleh bergerak seiring jika semua pihak berkomunikasi dan berkoordinasi dengan baik.
Pihaknya juga menjangka jumlah keseluruhan industri (TIV) akan melebihi 814,000 unit kenderaan bagi tahun 2024 dan daripada jumlah itu, 44 peratus disumbangkan oleh Perodua.
Bagi asas suku ke suku tahun, pendaftaran kenderaan Perodua adalah sebanyak 97,741 unit antara Oktober ke Disember 2024, peningkatan sebanyak 0.7 peratus daripada 97,098 unit yang dicatatkan pada suku yang sama tahun 2023.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Sementara itu, bagi bulan Disember 2024, Perodua mencatat jualan sebanyak 32,202 unit iaitu peningkatan sebanyak 3.2 peratus berbanding 31,210 unit pada Disember 2023.
Bagi aspek selepas jualan pula, Perodua menyaksikan peningkatan sebanyak 9.7 peratus untuk jumlah kereta yang diselenggara kepada 3.4 juta berbanding 3.1 juta pada 2023.
Datuk Sri Zainal menambah, walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran, Perodua tetap bersedia untuk meneruskan peranannya untuk menerajui industri automotif.
Perodua juga ingin berterima kasih kepada pemegang saham, kerajaan, vendor, pengedar, rakan strategik dalam sektor kewangan dan paling utama, para pelanggan yang dihargai atas sokongan berterusan mereka.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI