Proton telah berjaya menjual sebanyak 10,999 unit (domestik dan eksport) pada bulan Jun untuk mengekalkan kedudukannya di tangga kedua dalam carta jualan automotif.
Jumlah jualan untuk bulan tersebut sedikit terjejas, berikutan penutupan kilang selama seminggu yang dirancang untuk peningkatan operasi berjadual.
Namun secara keseluruhan, syarikat mencapai pegangan pasaran sebanyak 19.1 peratus untuk bulan lalu, sama dengan angka pegangan pasaran tahun sehingga kini (YTD).
Jumlah jualan untuk separuh pertama tahun 2024 ditutup pada 73,696 unit. Jumlah jualan industri (TIV) untuk bulan Jun dijangka terendah untuk mana-mana bulan tahun ini.
Sebanyak 57,700 unit dianggarkan terjual bulan lepas, lebih rendah daripada April yang sebelum ini digelar sebagai bulan terendah akibat cuti perayaan yang panjang.
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
Walau bagaimanapun, angka TIV untuk enam bulan pertama tahun 2024 dianggarkan sebagai 386,600 unit, hampir 20,000 unit lebih daripada tempoh yang sama pada tahun 2023 ketika TIV mencapai rekod tertinggi yang baharu.
Jun merupakan bulan yang sibuk bagi Proton selepas syarikat memberi tumpuan kepada langkah-langkah strategik yang akan memberikan hasil untuk jangka pendek dan panjang.
Selain daripada melancarkan jenama EV e.MAS, Proton juga meraikan pelancaran kenderaan ke-5 juta dari barisan pengeluarannya dan melancarkan Proton X50 2024.
Pelancaran Proton X50 2024 telah berjaya membawanya kembali ke tangga teratas dalam kelas SUV segmen B dengan 1,711 unit terjual, prestasi yang terbaik selama tiga bulan.
Proton S70 pula menjadi peneraju jualan sedan segmen C dengan 1,440 unit dijual pada bulan Jun. Proton Saga mencatatkan jualan sebanyak 5,441 unit pada bulan Jun, menjadikan jumlah jualan YTD kepada 34,838 unit.
Secara purata, lebih daripada 5,800 unit telah dijual setiap bulan, menjadikannya salah satu kenderaan yang terlaris di negara.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Proton Persona berjaya mencatat jualan 1,309 unit pada bulan Jun untuk menduduki tempat kedua teratas untuk bulan tersebut dan mengekalkan kedudukannya sebagai model sedan segmen B kedua terlaris tahun ini.
Proton X70 dan Proton X90 pula masing-masing mencatat jualan sebanyak 481 unit dan 248 unit. X70 akan menerima kemas kini menyeluruh pada akhir tahun ini, manakala X90 semakin membina pengikut yang kukuh dalam pasaran SUV tujuh-tempat duduk.
Sementara itu, Proton Iriz menamatkan bulan Jun dengan 369 unit terjual, menduduki tempat keempat dalam kategori hatchback segmen B.
Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, enam bulan pertama tahun 2024 adalah tempoh konsolidasi bagi Proton kerana syarikat melabur dalam langkah langkah strategik yang akan memanfaatkan masa depannya.
Tambah beliau, pihaknya gembira melihat pelancaran Proton X50 2024 dan berharapkan reaksi yang sama dari pasaran apabila syarikat melancarkan Proton X70 2025 yang telah mengalami pembaharuan yang besar.
Dengan model baharu smart bakal dilancarkan tidak lama lagi dan ketibaan model EV pertama daripada e.MAS, pasaran boleh menjangkakan lebih banyak perkembangan positif daripada Proton untuk separuh kedua tahun ini.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI