ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton lancar ‘Galeri Inspirasi’ di COE

Berita Tempatan

Views

Proton hari ini melancarkan galeri yang dijenamakan semula sebagai “Galeri Inspirasi” (Gallery of Inspiration). Terletak di kompleks Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellence).

Ia merupakan langkah seterusnya didalam perjalanan penjenamaan semula syarikat yang bermula pada tahun 2019. Galeri ini akan dibuka kepada orang awam pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Terbahagi kepada beberapa zon, galeri ini mempamerkan sejarah Proton, keterlibatan mereka yang berkait secara langsung dengan industri automotif Malaysia, rangkaian domestik dan antarabangsa.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Ia turut memaparkan teknologi masa kini dan masa hadapan yang dipersembahkan secara tersusun dan menggunapakai teknologi seperti “realiti maya” (VR) dan “realiti terimbuh” (AR) bagi memberikan pengalaman yang menakjubkan.

Galeri ini turut menampilkan outlet “Proton Café” yang pertama dan koleksi model kereta bersejarah Proton untuk tatapan peminat dan kebanyakan pelawat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah, mereka telah banyak mencapai kejayaan serta memperkenalkan pelbagai inovasi saban tahun, maka perjalanan tersebut dengan bangganya dipamer dan dikongsikan di Galeri Inspirasi tersebut.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Pemilihan lokasi galeri jenama di Centre of Excellence membolehkan pelawat untuk merasai pengalaman sebenar pusat sehenti yang turut mempunyai pusat Pameran Kristal dan pusat servis utama bagi semua model Proton.

Tambah Roslan, mereka telah membuat pelaburan bagi Galeri Inspirasi dan penambahan informasi akan dilakukan seiring dengan perjalanan Proton dengan kemasukan model baharu.

Katanya lagi, diharap galeri ini dapat membantu dalam menguatkan penceritaan jenama dan penyampaian mesej kepada pelanggan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >>

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply