ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Pasukan GAZOO Racing Malaysia bakal gegar perlumbaan S1K, Piala Vios Enduro buat debut sulung

Sukan Permotoran

Views

Usai sahaja Toyota GAZOO Musim-4 dan Vios Challenge, GAZOO Racing Malaysia kembali untuk menghangatkan pula aksi dalam Perlumbaan Endurans Sepang 1000KM (S1K) menerusi dua penyertaan dalam kelas MTC Production dan SP2 Production, hujung minggu ini.

Perlumbaan tahunan berprestij ini turut bakal menyaksikan penganjuran sulung Piala Vios Enduro bagi pasukan persendirian dan pengedar yang beraksi dalam kelas SP2 Production.

Membawa cabaran pasukan dalam GAZOO Racing Malaysia kelas MTC Production kali ini ialah Tengku Djan Ley, pelumba muda Naquib Azlan dan Ketua Pegawai Sukan Permotoran GAZOO Racing sendiri, Akio Takeyama.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Kelas SP2 Production pula bakal menyaksikan gandingan pelumba berusia 17 tahun, Mika Hakimi bersama Jwan Hii dan pelakon, Zizan Razak.

Menurut Takeyama, mereka mensasarkan kedudukan juara dalam kelas berkenaan, di samping ia menjadi titik permulaan buat pasukan itu dalam kancah sukan permotoran Malaysia.

Sementara itu, Piala Vios Enduro pula akan berlangsung serentak dengan S1K dan diwujudkan untuk membawakan jentera lumba Vios Challenge dan pemandunya keluar dari persekitaran biasa mereka.

Ia menawarkan hadiah pertama RM10,000, manakala hadiah kedua dan ketiga masing-masing sebanyak RM8,000 dan RM6,000.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Hadiah tunai berjumlah RM4,000 dan RM2,000 juga ditawarkan kepada pemenang tempat keempat dan kelima. Pelumbaan 1,000 km itu dijangka mengambil masa selama sembilan jam meliputi 181 pusingan di Litar Antarabangsa Sepang.

Turut membuat penampilan sulung dalam kelas MTC Production kali ini ialah sebuah Toyota Yaris dari pasukan Wing Hin Motorsport yang dipandu oleh pemandu berusia 16 tahun, Hayden Haikal, yang akan bergandingan dengan seorang lagi pemandu muda berbakat, Timothy Yeo.

Turut mengambil bahagian dalam kelas MTC Production kali ini adalah Boy Wong dan Dannies Ng yang akan memandu jentera lumba Toyota Vios. Mereka berdua pernah menamatkan perlumbaan S1K pada 2019.

Dalam tempoh 11 tahun dari 2009 hingga 2019, Toyota pernah memenanginya sebanyak dua kali menerusi penyertaan persendirian dengan jentera AE86 pada 2010 dan Corolla Altis pada 2011.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >>

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply