ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton lancar model edisi khas R3 Limited Edition dan Black Edition

Berita Tempatan

Views

Setelah beberapa siri pengintipan, Proton hari ini secara rasminya membuka tirai tahun 2021 dengan melancarkan empat model edisi khas menerusi siaran langsung secara maya. Ada dua versi edisi khas yang dilancarkan hari ini, iaitu R3 Limited Edition dan Black Edition.

Setelah sekian lama, jenama ikonik permotoran Proton iaitu R3 kembali menjengah pasaran menerusi dua model yang membawa lencana R3 Limited Edition, Iriz dan Saga. Bagi model Black Edition pula, ia ditawarkan pada model Persona dan juga MPV tujuh-tempat duduk, Exora.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Kesemua model ini tampil dengan warna luaran hitam yang ekslusif. Berikut adalah info ringkas mengenai model-model edisi khas ini:

Iriz R3 Limited Edition – RM52,900

  • Kombinasi warna luaran hitam dengan kemasan kuning R3 di beberapa tempat
  • Rim dwitona bersaiz 16-inci dengan kemasan kelabu gelap
  • Lencana R3 pada pintu but belakang, spoiler, cermin dan papan pemuka
  • Tempat duduk dan stereng dengan kemasan kulit kombinasi hitam dan kuning, serta sulaman logo R3 Limited Edition pada tempat duduk.
  • Alas kaki khas R3
  • Hiasan pelekat grafik R3 pada sisi badan.
  • Terhad hanya 500 unit sahaja

Saga R3 Limited Edition – RM42,300

  • Kombinasi warna luaran hitam dengan kemasan kuning R3 di beberapa tempat
  • Lencana R3 pada pintu but belakang, cermin dan papan pemuka
  • Rim dwitona bersaiz 15-inci dengan kemasan kelabu gelap
  • Tempat duduk dan stereng dengan kemasan kulit kombinasi hitam dan kuning, serta sulaman logo R3 Limited Edition pada tempat duduk.
  • Hiasan pelekat grafik R3 pada sisi badan.
  • Terhad hanya 2,000 unit sahaja

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

Persona Black Edition – RM54,700

  • Kombinasi warna luaran hitam dengan kemasan berwarna emas di beberapa bahagian
  • Rim dwitona dengan kemasan berwarna emas
  • Tempat duduk dan stereng dengan kemasan kulit berwarna hitam dan jahitan benang emas
  • Kemasan dalaman hitam dengan kombinasi warna emas di beberapa bahagian pada papan pemuka
  • Terhad hanya 500 unit sahaja

Exora Black Edition – RM67,800

  • Kombinasi warna badan hitam dengan kemasan berwarna emas di beberapa bahagian
  • Rim dwitona dengan kemasan berwarna emas
  • Tempat duduk dan stereng dengan kemasan kulit berwarna hitam dan jahitan benang emas
  • Kemasan dalaman hitam dengan kombinasi warna emas di beberapa bahagian pada papan pemuka
  • Unit infohiburan di bahagian atas tempat duduk baris kedua
  • Terhad hanya 500 unit sahaja

Harga yang ditawarkan adalah termasuk pengecualian cukai jualan sehingga 30 Jun 2021.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply