Bulan Ogos menyaksikan penawaran terkini Proton, iaitu SUV keluarga premium X90 telah dilancarkan di tiga pasaran eksport yang berbeza.
Mauritius merupakan destinasi eksport pertama yang menerima X90 setelah ia diperkenalkan pada 4 Ogos lalu di Le Salon de L’ Automobile, SVICC, Pailles.
Destinasi berikutnya adalah Afrika Selatan ketika Proton Afrika Selatan mempamerkan model tersebut di Festival Permotoran di Litar Grand Prix Kyalami dari 25 hingga 27 Ogos.
Acara itu mendapat sokongan padu daripada kementerian Hal Ehwal Luar Malaysia kerana ia dihadiri oleh Yang Berhormat Encik Yap Wei Sin, Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Afrika Selatan.
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
Pada hari yang sama juga, Proton Brunei melancarkan X90 di majlis pelancaran besar-besaran yang dihadiri oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam, Datuk Raja Reza bin Raja Zaib Shah dan Encik Tan Kah Boon, Pengerusi pengimport dan pengedar Proton, Pad dan Econ Motors.
Menurut Pengarah Jualan Antarabangsa Proton, Steven Xu, tahun 2023 mencabar perniagaan eksport syarikat kerana kebanyakan pasaran eksportnya mengalami cabaran ekonomi yang mengakibatkan kawalan ketat pasaran modal.
Walau bagaimanapun, usaha mereka untuk meneroka peluang dalam pasaran lain diteruskan dengan kerja-kerja asas sedang dijalankan di Fiji, Ghana, Trinidad dan Tobago, dan Iraq.
Tambah Steven, pada masa yang sama, pihaknya kekal fokus untuk mengembangkan kehadiran dalam pasaran eksport semasa.
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
Pelancaran Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) pertama Proton iaitu X90 ke tiga pasaran eksport berlangsung hanya tiga bulan selepas pelancarannya di Malaysia pada 7 Mei lalu.
Populariti model Proton telah melonjak di Brunei dalam beberapa bulan kebelakangan ini dengan pasaran berjaya mencapai paras tertinggi dalam sejarah.
Kumpulan pertama unit X90 telah dijual dengan pantas dan model lain turut diminati pembeli dalam pasaran dengan anggaran Jumlah Jualan Industri (TIV) tahunan sebanyak 13,000 unit.
Pada bulan Ogos, jualan kenderaan Proton mencecah paras tiga angka buat kali pertama apabila 100 unit didaftarkan.
Steven Xu menambah, prestasi jualan kereta Proton yang kukuh di Brunei tahun ini adalah hasil daripada kekuatan barisan model kami serta usaha pengimportnya.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
KOMEN TERKINI