ARKIB

KATEGORI

Buletin

Goodyear Malaysia lancar Assurance MaxGuard – 18 pilihan saiz, harga dari RM250

Berita Tempatan

Views

Goodyear Malaysia telah melancarkan ahli terbaru dalam keluarga Assurance, iaitu Assurance MaxGuard yang membolehkan pemandu serta penumpang menikmati keseronokan pemanduan yang disokong oleh jaminan perlindungan 2 dalam 1.

Diinspirasikan oleh tayar konsep Goodyear 360, Assurance MaxGuard dilengkapi dengan Teknologi ActiveGrip yang dapat membantu kenderaan mengurangkan jarak berhenti.

Reka bentuk perintis corak pelindung gelombang air membantu meningkatkan cengkaman dan bentuk kaviti yang dioptimumkan meningkatkan saiz kontak dengan jalan sebanyak 10 peratus. Ia sekali gus menyumbang kepada prestasi membrek dalam keadaan basah dengan lebih singkat.

Bagi menghasilkan cengkaman yang lebih kuat pada jalan, kompaun bunga tayar silika penuh generasi baharu dengan 80 peratus lebih silika telah digabungkan dengan resin penggalak basah berubah mengikut permukaan jalan dengan lebih banyak kontak mikro.

Jurutera Goodyear turut memanfaatkan Teknologi DuraGuard bagi mengoptimumkan bahan kompaun dan pembinaan tayar.

Ketahanan tambahan disokong oleh 2 lapisan rangka dengan ketumpatan serta kekuatan wayar tayar yang lebih tinggi dan 2 lingkaran dengan besi ketegangan tinggi bagi menangani kesan luka serta hentakan yang tidak dijangka.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Selain itu, Assurance MaxGuard juga direka untuk memberikan jarak pemanduan yang terbaik. Tolok anti gelincir ditingkatkan sebanyak 10 peratus bagi meningkatkan isi padu getah yang boleh dipakai.

Matriks polimer berprestasi tinggi pula ditambahkan ke dalam pembentukan kompaun baharu bagi menghalang kehausan dengan baik.

Menurut Naib Presiden Pembangunan Produk dan Kualiti, Goodyear Asia Pasifik, Greg Hanna, Assurance MaxGuard direka bentuk untuk memberikan tahap keselamatan yang lebih tinggi.

Assurance MaxGuard boleh didapati dalam 18 pilihan saiz di Malaysia, dengan harga bermula dari RM250 hingga RM485.

Tayar ini sesuai untuk pelbagai jenis sedan saiz pertengahan, termasuk Toyota Camry, Honda Civic, Volkswagen Passat dan model-model popular lain dalam pasaran APAC.

Pelanggan juga boleh mendaftar untuk Jaminan Worry Free Assurance (WFA) yang menawarkan jaminan bahaya jalan selama 1 tahun dengan pembelian mana-mana tayar pengguna Goodyear.

Jaminan melindungi pelanggan dari kerosakan bahaya jalan, 2 kali pemeriksaan keselamatan tayar percuma untuk ketenangan tambahan semasa memandu, dan 5 tahun jaminan untuk sebarang kerosakan pembuatan tayar yang dibeli.

Bermula semalam sehingga 30 November 2023, pelanggan yang membeli 2 atau 4 unit tayar Assurance MaxGuard akan diberikan ganjaran kredit Touch ‘n Go eWallet sebanyak RM40.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Sila ikuti langkah-langkah mudah berikut untuk menyertai:

  • Langkah 1: Beli tayar Goodyear Assurance MaxGuard dari mana-mana kedai penyertaan Goodyear atau Kedai Rasmi Goodyear Malaysia di Lazada atau Shopee atau gunakan baucar Goodyear Grab (SNPL).
  • Langkah 2: Daftarkan tayar anda untuk Jaminan Worry Free Assurance (WFA) di PAUTAN INI.
  • Langkah 3: Terima mesej WhatsApp dari Goodyear Malaysia di 012-998 8410 untuk tujuan pengesahan dan bayaran semula kredit Touch ‘n Go.
  • Langkah 4: Terima kredit Touch ‘n Go eWallet anda dalam tempoh 14 hari bekerja selepas penghantaran yang berjaya. (Tertakluk kepada terma dan syarat).

Berikut adalah pilihan saiz Goodyear Assurance MaxGuard yang ditawarkan:

RimSizeSRLISL/XL
15185/55R15V82SL
185/60R15H84SL
185/65R15V88SL
195/50R15V82SL
195/55R15V85SL
195/60R15V88SL
195/65R15V91SL
205/65R15V94SL
16185/55R16V83SL
195/50R16V84SL
195/55R16V87SL
195/60R16V89SL
205/55R16V91SL
205/60R16V92SL
215/55R16V93SL
215/60R16V95SL
17205/45R17W84SL
215/45R17W91XL

Anda juga boleh mengunjungi Goodyear Autocare terdekat anda untuk maklumat lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply