ARKIB

KATEGORI

Spyshots

Proton makin rancak menguji X50 – Dikesan di dua negeri berbeza selang 2 hari

Foto Intip

Views

Seperti biasa kami berjaya memperolehi beberapa lagi siri intipan Proton X50 yang dikesan di dua negeri berbeza oleh rakan-rakan Facebook penulis, Muhamad Misran dan Muhamad Afiq Hamizan selang dua hari. Khamis lalu, Muhamad Misran telah berjaya mengesan sebuah X50 di Sungai Buloh, manakala pada hari ini (Sabtu), dua buah lagi ditemui oleh Muhamad Afiq di Pekan Nenas, Pontian.

JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

Jika diperhatikan pada plat perdagangannya, ketiga-tiga unit ujian berceloreng ini adalah unit yang berbeza. Ini bermakna, Proton mempunyai beberapa prototaip X50 yang kini sedang rancak ‘mengukur jalan’ di Semenanjung Malaysia. Isnin lalu, ia turut dikesan di pusat peranginan Cameron Highlands sambil ditemani oleh sebuah Persona.

JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!

Berbalik pada foto-foto intip terbaharu ini, kita dapat menyaksikan dengan jelas bumbung suria pada salah satu unit tersebut dan juga bentuk jerijinya yang menggunakan unsur Ethereal Bow (busur), Infinite Weave dan logo baharu Proton. Jenis rim aloi yang digunakan juga berbeza dari segi reka bentuk dan mungkin juga saiz bagi membezakan varian.

Mengikut perancangan asal, Proton bakal melancarkan model X50 pada bulan September nanti dan ia kini dalam fasa percubaan pengeluaran. Ia bakal ditawarkan dengan tiga pilihan varian yang mungkin terdiri daripada varian ExecutivePremium dan juga Sport. Kesemua varian X50 ini akan dijana oleh enjin 1.5 liter Drive E yang digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan dwi-cekam (DCT).

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto intip Proton X50 di Pekan Nenas, Pontian

Foto intip Proton X50 di Sungai Buloh

JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 dan Persona dikesan di Dungun!
JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply