Walaupun Perodua paling ‘kuat berahsia’ dalam bab model baharu, rakan media kami di Wapcar.my dapat juga ‘mengorek’ beberapa maklumat mutakhir mengenai SUV kompak D55L. Menurut mereka, SUV yang berkongsi pelantar dengan Daihatsu Rocky dan Toyota Raize ini besar kemungkinan akan dilancarkan pada awal tahun depan.
Mengikut jangkaan mereka D55L akan hadir ke pasaran pada Januari 2021 atau kami berpendapat ia akan tiba sebelum Tahun Baharu Cina. Dikhabarkan fasa pra-pengeluaran model ini akan bermula pada pertengahan September, manakala pengeluaran massanya pula menyusul tiga bulan kemudian (Disember 2020).
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara
Model ini akan dikuasakan oleh enjin 1KR-VET 1.0L Turbo yang mampu menghasilkan 97 kuasa kuda dan 140Nm daya kilas. Ia dipadankan dengan transmisi D-CVT yang mempunyai fungsi pecahan nisbah gear. D55L dibangunkan dari pelantar baharu Daihatsu New Global Architecture (DNGA).
Dalam masa yang sama, perisik prolifik kami Mat Bond dapat juga ‘secebis info’ berkaitan dengan model tersebut. Katanya, D55L nanti akan ditawarkan dengan pilihan tiga varian, namun beliau tidak mendedahkan butiran lanjut. Kami meramalkan Perodua akan menawarkan tiga tahap varian, bermula dari asas, pertengahan dan paling tinggi.
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 dan Persona dikesan di Dungun!
Jika mengikut susunan varian pada model semasa Perodua, D55L akan ditawarkan dengan pilihan varian G (asas), X (pertengahan) dan AV (paling tinggi). Selain itu, Mat Bond turut memberitahu yang Perodua kini sedang membangunkan model generasi baharu Alza dengan namakod D27A. Ia sekaligus mengesahkan info dari beberapa portal permotoran lain sebelum ini.
Pembangunan model ini terlah bermula sejak Mei lalu dan ia dibangunkan secara bersama dengan generasi baharu Toyota Avanza dan Daihatsu Xenia. Besar kemungkinan ia merupakan versi produksi model konsep Daihatsu HY Fun Concept yang dipertontonkan semasa Gaikindo Indonesia Auto Show (GIIAS) 2019.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!
JOM BACA >> INTIP : MG HS dikesan di Malaysia, sedang jalani proses VTA
JOM BACA >> Perodua lancar Myvi S-Edition di Brunei – Varian 1.3G yang dihiasi kit badan Myvi GT!
JOM BACA >> Proton bakal lancar ‘Saga Edisi Hitam’ pada 9 Julai ini!
JOM BACA >> INTIP : Proton Persona facelift pakai ‘pelitup muka’ ini sedang menguji apa ye?
1 Comment