Belum sempat pelancarannya esok, beberapa foto Proton Saga Anniversary Edition mula tiris di media sosial dan ia telah dimuat naik ke laman Facebook rasmi rakan sekutu kami, The Ajerul kira-kira dua jam yang lalu. Jika pagi tadi kami kongsikan tangkap layar dari video acahnya, kali ini kita dapat menyaksikan kelibat sebenar model edisi khas yang dikeluarkan sempena meraikan ulang tahun ke-35, Saga.
JOM BACA >> INTIP : MG HS dikesan di Malaysia, sedang jalani proses VTA
Model ini sebenarnya adalah Saga varian Premium yang disembur dengan cat berwarna hitam dengan sedikit kemasan kuning pada beberapa bahagian tertentu. Saga Anniversary Edition juga ditambah dengan kit badan yang merangkumi spoiler depan dan belakang serta skirt sisi, manakala bumper belakang masih kekal standard.
Selain itu, jejalur bingkai jeriji depan Ethereal Bow dan cermin sisinya turut dicat dengan warna kuning. Sekilas pandang, tema warna ini seakan sama dengan model Renault Clio RS. Kami menjangkakan, warna hitam ini juga bakal digunakan pada model Iriz versi R3 nanti.
JOM BACA >> Perodua lancar Myvi S-Edition di Brunei – Varian 1.3G yang dihiasi kit badan Myvi GT!
Seperti yang kami nyatakan dalam artikel terdahulu, Proton membuat sedikit perubahan pada kombinasi warna papan pemuka yang kini diselitkan dengan kemasan kuning pada bahagian pelaras corong pendingin hawa, bingkai di bawah corong pendingin hawa serta lingkaran pada panel meternya.
Kelihatan juga sedikit kemasan fabrik tempat duduknya yang masih menggunakan sarung yang sama dengan varian Premium. Jadi jangkaan awal kami ia ditawarkan dengan tempat duduk balutan kulit ternyata meleset. Mungkin pihak pengurusan Proton tidak mahu membuat perubahan yang drastik supaya ia boleh dijual dengan tanda ‘harga yang mampu milik’.
Apa pendapat anda? Nantikan pelancarannya esok!
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton bakal lancar ‘Saga Edisi Hitam’ pada 9 Julai ini!
JOM BACA >> INTIP : Proton Persona facelift pakai ‘pelitup muka’ ini sedang menguji apa ye?
JOM BACA >> Perodua Ruza – Cucu ‘Rusa’ dijelmakan dalam bentuk digital
JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?
JOM BACA >> Myvi versi heijiworks7 ini memang padu!
1 Comment