ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Unit ujian X50 dan Persona dikesan di Dungun!

Foto Intip

Views

SUV yang paling ditunggu-tunggu oleh peminat permotoran tanah air kini berada di Terengganu! Kelibat unit ujian X50 yang diiringi sebuah Persona dikesan di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun pagi tadi. Foto-foto X50 yang masih dalam mod penyamaran itu sempat dirakam oleh rakan kami, Mohsin Mohamad Syukri.

Terengganu merupakan salah satu destinasi lazim dalam peta laluan ujian jalan raya model baharu Proton kerana sebelum ini telah acap kali mereka singgah di negeri Pantai Timur tersebut. Kombinasi laluan jalan persekutuan di tepi pantai, jalan kampung dan juga Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) sememangnya sangat ideal untuk menguji keupayaan sesebuah model baharu.

JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!

Sebuah Persona yang memakai plat perdagangan turut kelihatan mengiringi X50 itu, namun tidak dipastikan apa tujuan sebenarnya. Mungkin sekadar menjadi kenderaan pengiring dan mungkin juga sedang menguji sesuatu kerana sebelum ini kami pernah menyiarkan foto Persona yang memakai ‘pelitup muka’.

Kami difahamkan, Proton akan memperkenalkan Persona MC2 tahun hadapan yang akan mengalami sedikit perubahan kosmetik terutama pada bahagian bampar depan. Selain itu Proton akan membuat penambaikan di bahagian kabinnya dan berkemungkinan kotak gearnya juga akan ditukar kepada 4-kelajuan automatik bagi menggantikan unit CVT sedia ada.

JOM BACA >> INTIP : MG HS dikesan di Malaysia, sedang jalani proses VTA

Desas-desus juga bertiup kencang mengatakan X50 bakal dilancarkan September ini mengikut perancangan asal. Namun ini banyak bergantung kepada persediaan Proton untuk pengeluaran yang kini pada fasa percubaan awal.

Model ini akan ditawarkan dengan tiga pilihan varian yang mengikut firasat kami terdiri dari varian Executive, Premium dan juga Sport. Kesemua varian X50 akan ditawarkan dengan pilihan enjin 1.5 liter Drive E yang digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan dwi-cekam (DCT).

Teruskan bersama kami untuk info permotoran terkini!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua lancar Myvi S-Edition di Brunei – Varian 1.3G yang dihiasi kit badan Myvi GT!
JOM BACA >> Proton bakal lancar ‘Saga Edisi Hitam’ pada 9 Julai ini!
JOM BACA >> INTIP : Proton Persona facelift pakai ‘pelitup muka’ ini sedang menguji apa ye?
JOM BACA >> Perodua Ruza – Cucu ‘Rusa’ dijelmakan dalam bentuk digital
JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply